Golden Night Bersama Scha Alyahya dan Bio-essence

Ibarat gemerlap sinar keemasan menjadi saksi majlis tayangan perdana filem aksi Mission Impossible Fallout baru-baru ini yang dibawakan khas oleh Bio-essence, rangkaian penjagaan kulit terkenal. Majlis tayangan perdana yang bertempat di MBO, The Starling Mall Petaling Jaya ini turut penampilan selebriti terkenal dan juga Duta Bio-essence, Scha Alyahya. Dalam majlis ini juga Scha berpeluang menonton bersama peminat tersayang.

Pelakon dan ibu kepada Lara Alana ini dalam diam telah lebih 10 tahun menjadi duta kepada produk Bio-essence. “Memang benar saya sudah menjadi duta kepada produk ini lebih daripada 10 tahun. Kalau nak diikutkan banyak produk lain cuba melamar saya menjadi duta produk mereka.

Tetapi saya sangat setia dengan Bio-essence kerana mereka adalah orang pertama yang mempercayai saya untuk menjadi duta produk mereka di awal pembabitan saya dalam dunia seni,” tutur Scha sambil memegang salah satu produk terbaharu Bio-essence.

Menurut pelakon yang turut membintangi drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari ini, produk jenama ini adalah pilihan terbaik untuk kulitnya, “Saya agak cerewet menerima tawaran ini pada mulanya kerana memiliki kulit yang sangat sensitif. Setelah menggunakan produk Bio-essence selama beberapa bulan baharu saya yakin untuk terus menggunakannya dan menerima tawaran sebagai duta mereka lebih 10 tahun lalu.

Bio-essence sangat efektif terhadap kulit saya. Kelebihan produk ini yang paling penting efektif dan tidak melekit. Gold water pula merupakan serum yang digunakan sebelum pakai pelembap. Gold flakes ini berfungsi untuk menegangkan muka, mengurangkan kedut dan yang paling penting boleh tutupkan pori-pori di kulit wajah.

Apabila usia meningkat pori-pori semakin besar dan tak cantik serta boleh menyebabkan jerawat tumbuh. Gold water ini boleh membantu menutup pori-pori wajah. Apabila melihat keberkesanan produk ini mereka mencipta pula rangkaian Rose Gold pula.

Antara produk yang menjadi favorite saya adalah facial mist. Selain itu rangkaian Tanaka dan semua rangkaian produk Bio-essence memang sangat sesuai dengan kulit saya. Saya dapat rumuskan produk ini adalah yang terbaik untuk orang Asia,” bicara Scha yang tampil hebat pada malam itu.

Sebagai seorang selebriti bukan mudah untuk terus kekal dalam industri terutama apabila media sosial mula menguasai alam maya. “Bagi saya untuk stay relevant dalam industri kita perlu mempunyai produk terbaharu. Saya baharu sahaja habis bikin filem dan akan bersambung pula dengan telemovie yang akan membuat penggambaran di Amsterdam. Sekurang-kurangnya perlu ada satu atau dua produk untuk terus kekal dalam industri,” terang isteri kepada selebriti Awal Ashaari.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan