Rambut adalah mahkota wanita serta aksesori yang paling bernilai. Sebaik anda mendandannya, ia boleh menukar keseluruhan penampilan dan wajah anda. Tahukah anda, untuk menjaga rambut juga ada tip dan triknya sendiri. Kebanyakan wanita mengharapkan rambut yang sihat dan lebat namun tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan rambut seumpama itu.
Ads
PERHATIKAN HUJUNG RAMBUT
- Sekiranya anda mempunyai kulit kepala yang berminyak, tidak perlu ditambah perapi lagi. Kulit kepala kita secara semula jadinya merembeskan minyak pada kulit kepala jadi penambahan unsur-unsur luar seperti perapi rambut hanya membuatkan rambut kelihatan berminyak terutamanya jika anda jarang bersyampu.
- Untuk kesan terbaik sapu perapi tiga suku daripada bahagian bawah rambut, fokus lebih pada bahagian hujungnya.
SEMBUR BOBBY PIN
- Anda sering menggunakan pin rambut dan ia sering menggelungsur jatuh? Gunakan semburan rambut atau syampu kering dan sembur pada pin tersebut sebagai cengkaman tambahan agar stail rambut anda tidak rosak.
- Letakkan bobby pin pada kertas tisu, berikan semburan ringan padanya dan biarkan kering sebelum diselitkan pada rambut. Ia dapat membantu pada rambut yang halus, lurus dan nipis.
BERTUKAR KEPADA SUTERA
- Bukan menukarkan rambut anda kepada sutera! Gunakan sarung bantal dari fabrik sutera dan satin kerana kelembutan sutera bagai membelai rambut anda ketika tidur berbanding sarung bantal kapas.
- Permukaan kain kapas pada sarung bantal membentuk rambut menjadi kurang cantik. Jika menggunakan sarung bantal satin dan sutera, anda sendiri boleh merasa mewah!
URUT KULIT KEPALA
Ads
- Urut kulit kepala setiap pagi ketika mandi. Ia mungkin membuang masa tetapi ia boleh merangsang pertumbuhan rambut serta menguatkan akar rambut. Jika anda inginkan rambut lebih lebat, mungkin boleh gunakan kaedah ini.
SIKAT SESUAI
Ads
- Selepas mencuci rambut, gunakan sikat bergigi jarang pada rambut yang basah untuk melepaskan simpulan rambut yang kusut. Anda juga boleh menyediakan sikat gigi jarang ketika menyapu perapi.
KENALI BERUS SIKAT
- Paddle brush / berus rambut
- Ia merupakan berus rambut paling versatile tertamanya untuk rambut panjang dan lebat. Ia boleh menyikat banyak rambut pada satu masa dan memberi kesan rambut yang lurus dan kemas.
- Sikat gerigi jarang
- Sikat ini membantu meleraikan kekusutan rambut tanpa menyebabkan kerosakan. Gunakan juga untuk mengurangkan rambut mengerbang.
- Sikat gerigi rapat
- Untuk merapikan rambut dengan kemas serta penggayaan yang terperinci
- Sikat thermal
- Sikat ini boleh digunakan bersama penering rambut. Ia memberi kesan mongering lebih cepat dan memudahkan anda memebri ilusi kerinting dari bahagian bawah rambut.
- Half radial brush
- Berfungsi untuk membuat bahagian rambut masuk ke dalam. Ia biasanya digunakan untuk rambut jenis kerinting atau ikal.