Penampilan Terkini DS SITI NURHALIZA Di Pelancaran Kosmetik Terbaharu SimplySiti. Gorgeous & Glamorous!

Setelah hampir 2 tahun ‘berehat’, artis tersohor negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin muncul buat kali pertama di majlis pelancaran produk kosmetik terbaharu SimplySiti pada petang Rabu, 20 Oktober 2021.

Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Jelas terpancar kegembiraan DS Siti Nurhaliza tatkala dapat berkongsi perkembangan terkininya terutama dari segi bisnes.

Berkonsepkan smart casual, DS Siti Nurhaliza memilih padanan suit & pleated skirt rona hitam dan nude rekaan Rizman Ruzaini Couture. Seperti kita tahu, setiap rekaan Rizman Ruzaini buat ‘Queen of Pop Malaysia’ ini tak pernah mengecewakan. Always gorgeous and glamorous!

Kredit Foto: Instagram Rizman Ruzaini

Di majlis eksklusif yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur itu, DS Siti Nurhaliza mengambil peluang meraikan rakan-rakan media secara bersua muka. Sebelum ini beliau hanya mampu berinteraksi dengan pihak media secara maya disebabkan pandemik COVID-19 serta kelahiran cahaya mata kedua, Muhammad Afwa Khalid pada April lalu. Turut hadir ialah ahli SimplySiti Elit dan rakan-rakan kolaborasi SimplySiti.

SIMPLYSITI MASIH BERTAHAN
“SimplySiti juga terkesan dengan masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19. Tetapi saya bersyukur kerana penggemar rangkaian produk SimplySiti masih boleh mendapatkan barangan keperluan mereka melalui platform Shopee, laman sesawang SimplySiti dan menerusi ahli SimplySiti Elit.

Terima kasih kepada rakan-rakan kolaborasi SimpplySiti terutama Shopee, Watson, Astro, Go Shop, Wow Shop dan AEON Wellness yang banyak membantu mempromosikan produk SimplySiti.

Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Saya berbesar hati dapat memperkenalkan produk terbaharu SimplySiti berkonsepkan SimplySiti for All – Reflection of Perfection sesuai untuk kulit wanita Asia yang inginkan penampilan matte semula jadi. Rona warnanya sesuai untuk semua tona kulit dan peringkat usia.

Kosmetik ini lahir ketika negara kita dan seluruh dunia dilanda bencana yang tidak terduga. Namun saya bangga dengan pasukan SimplySiti yang komited bagi memastikan produk ini berada di pasaran seperti dirancang sejak awal iaitu penghujung tahun 2020,” ungkap DS Siti Nurhaliza yang turut terharu dengan sokongan suami dan keluarga.

Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Rangkaian kosmetik ini telah pun berada di pasaran pada 9.9.2021 terdiri daripada SimplySiti 2-way Cake, Compact Powder, Loose Powder, Cushion Foundation, Liquid Foundation, Powder Blush, gincu dengan 3 kemasan iaitu matte, semi-matte dan moist, 9 in 1 Eyeshadow, SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara, Eyeliner dan Eyebrow Pencil, dan Micellar Water. Ia boleh diperolehi di www.simplysiti.com.my, Watson, Shopee, atau SimplySiti Elit.

DUTA SIMPLYSITI
11 tahun di pasaran, buat julung kalinya jenama ini memperkenalkan Duta SimplySiti iaitu seorang gadis cantik berusia 20 tahun. Zahra Zura Aziza Zahanor atau mesra disapa sebagai Zahra merupakan pelajar tahun akhir di salah sebuah IPT tempatan.

Zahra Zura Aziza Zahanor
Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Zahra dipertanggungjawabkan untuk bersama-sama DS Siti Nurhaliza mempromosikan rangkaian kosmetik, skincare dan produk-produk SimplySiti sekaligus menarik minat golongan muda dan remaja.

Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

“Saya berbesar hati dengan pemilihan ini dan tak menyangka menjadi Top 4 seterusnya memenangi pertandingan ini. Tambahan pula, saya tak pernah bermimpi untuk bekerjasama dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Saya pasti tak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,” luah Zahra.

Kredit Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Zahra menjadi top finalist pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan Jun lalu. Anak sulung daripada 2 beradik ini merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berasal dari Kuala Lumpur, Zahra berimpian untuk bergelar penyampai berita dan meneruskan kerjaya dalam bidang insurans.

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad