Inspirasi

Gorgeous! Macam Tak Menua, Wajah Awet Muda Datuk Syafinaz Selamat Usia 51 Tahun Tarik Perhatian

Datuk Syafinaz Selamat cukup bertuah kerana memiliki raut wajah cantik semula jadi. Meskipun tanpa solekan tebal pada wajah, kejelitaan guru vokal ini tetap terserlah dan menarik perhatian!

11 Januari lalu merupakan ulang tahun kelahiran Datuk Syafinaz Selamat. Meniti usia 50an, personaliti ini kekal tenang dan elegan dalam kelas tersendiri. Kalau diamati dari penampilan dan rupa paras Datuk Syafinaz, pasti ada yang tidak menyangka dirinya sudah pun mencecah usia 51 tahun. Memang awet muda!

Pendek kata, Datuk Syafinaz memiliki pesona tersendiri. Kian sibuk memenuhi jemputan sebagai juri pelbagai program realiti nyanyian, tak dinafikan jelitawan ini mempunyai aura memikat yang membuatkan sesiapa saja tertawan dengan peribadinya.

Apatah lagi, dia bijak menjaga penampilan diri dan memiliki susuk tubuh ramping persis model! Sekaligus membuatkan wanita ini kelihatan menawan dalam apa jua persalinan.

Datuk Syafinaz Selamat Tampil Awet Muda

Mempunyai nama besar dalam industri seni muzik tanah air, Datuk Syafinaz pada Oktober tahun lalu menerima pengiktirafan sebagai anak seni dengan merangkul Most Admired Legendary Music Personality 2024.

Kongsinya, “This happened on 17th October 2024. Thank you so much NiagaTimes for your recognition. I’m grateful and blessed.”

Tidak ketinggalan, Disember lalu figura ini turut terlibat dalam Teater Muzikal Permata Seni – Mensyukuri Nikmat Kedamaian.

“After months of hard work and dedication, Permata Seni Koir, Permata Seni Muzik, Permata Seni Tari had a successful concert on the 14th & 15th December 2024. I am extremely proud of everyone involved. Well done members, teachers, artistic team & JKKN. Much appreciation to the Minister of Education for gracing the event.

Today is Permata Seni Koir’s first rehearsal in year 2025. There can never be a successful performance without dedicated rehearsals – part and parcel of a being a performer!”

Terdahulu, penyanyi kelahiran Johor ini juga dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pingat berkenaan dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2018.

Sekitar April 2021, Datuk Syafinaz melancarkan single berjudul Persis Salju. Kerinduan peminat kepada penyanyi bersuara antarabangsa ini terubat menerusi lagu berkenaan memandangkan sudah dua dekad menunggu ‘buah tangan’ dari Datuk Syafinaz.

Difahamkan wanita berbakat besar ini mula menceburi industri seni seawal umur 7 tahun dan pelbagai pengiktirafan berjaya diraih.

Penyanyi Bersuara Soprano Datuk Syafinaz Selamat

Malah, pengetahuan dan pengalaman Datuk Syafinaz dalam dunia hiburan, seni suara dan persembahan juga menjadikannya antara juri popular yang sering diundang dalam pertandingan nyanyian dan program realiti.

Wanita tinggi lampai yang terkenal dengan suara soprano ini juga terkenal sebagai konduktor dan vocal master

untuk Koir Permata Seni.

Selain itu, Datuk Syafinaz Selamat pernah dipilih sebagai juri program nyanyian Malaysian Idol, AF Megastar, Gegar Vaganza dan Bintang RTM.

Artikel https://www.nona.my/sweetnya-ibu-anak-ini-gurau-senda-dengan-ratu-hati-ibu-datuk-syafinaz-bakal-cecah-usia-93/

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ingin Bersamamu ini juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dan vocal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia.

 

 

Share
Published by
Suzi