Gorgeous! Sambut Birthday Di Bali, DATIN SERI MARIA FARIDA Makin Anggun Usia 53 Tahun

Memang cantik dan awet muda! Tak puas pandang wajah jelita Datin Seri Maria Farida. Diam tak diam, rupa-rupanya jelitawan ini genap berusia 53 tahun pada tanggal 28 Mac. Masih segar lagi kenangan bersama Datin Seri Maria saat beliau menjadi penghias Nona Mac 2019. Agak segan berkongsi usia sebenar pada awalnya tapi beliau akur sebab enggan sembunyi hakikat tersebut.

Dalam pertemuan waktu itu, Datin Seri Maria mengakui perubahan diri seiring pertambahan usia saban tahun, tetapi tetap bersyukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik. Istimewanya, tahun ini aktres cantik berkenaan menyambut ulang tahun kelahiran di Bali, Indonesia.

Credit Instagram @mariafarida
Credit Instagram @mariafarida
Credit Instagram @mariafarida
Credit Instagram @mariafarida / Bersama rakan artis, Nurul Depp di Bali

Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, kelihatan Datin Seri Maria meluangkan masa bersama rakan artis Nurul Depp yang kini menetap di sana. Malah, beliau turut memuat naik video bersempena hari lahirnya yang ke-53.

“Another year older. Thank you Allah for all the blessings in my life. For keeping me and my family always under your grace and care. And to all my amazing friends who’ve been with me through the years and celebrated my birthday 2 weeks in advance.

I truly love you guys! May this pandemic be over soon, so we can travel freely again and may I continue to age gracefully.”

Terpegun dengan cara Datin Seri Maria menjaga kecergasan dan kecantikan diri yang memang tak makan dek usia. Mengulas amalan yang dipraktikkan ketika pertemuan bersama Nona tidak lama dulu, ini jawapan jujur isteri Datuk Seri Rahman tersebut.

“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang.

Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kecantikan ini yang mewarisi keturunan Melayu-Filipina.

Credit Instagram @mariafarida / Di samping suami tercinta
Credit Instagram @mariafarida
Credit Instagram @mariafarida / Bersama ibu tersayang
Credit Instagram @mariafarida

“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula.

Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujarnya.

Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Seri Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan. Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.

Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging.

Credit Instagram @mariafarida
Credit Instagram @mariafarida
Credit Instagram @mariafarida
Credit Instagram @mariafarida

Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”

Salah seorang anak Datin Seri Maria iaitu Mizan Ashley melanjutkan pelajaran di Perth, Australia. Walau anak-anak sudah meningkat usia, namun kejelitaan beliau masih cantik seperti zaman anak dara dan tak makan dek usia.

 

 

Kredit foto: Instagram Datin Seri Maria Farida

Share
Published by
Suzi