Miss Universe merupakan pertanding ratu cantik paling berprestij dan ini menjadikan pemenangnya seorang selebriti yang popular secara serta merta. Dalam pertandingan tahun ini dari 92 wanita yang bertanding dari seluruh dunia hanya 16 orang yang terpilih sebagai peserta separuh akhir. Antara yang mengejutkan semua adalah peserta dari Sri lanka iaitu Christina Peiris yang menjadi peserta pertama dari Sri Lanka yang berjaya menembus ke peringkat separuh akhir dalam sejarah pertandingan ratu cantik negara tersebut.
Berikut adalah keputusan dari separuh akhir sehingga peringkat akhir.
Final results | Contestant |
---|---|
Miss Universe 2017 | |
1st Runner-Up | |
2nd Runner-Up | |
Top 5 | |
Top 10 | |
Top 16 |
Setelah melaui fasa peringkat pakaian renang dan juga gaun petang, setiap peserta dalam kelompok lima terbaik telah diberikan soalan yang berbeza-beza.
Soalan peringkat pertama yang diajukan kepada Miss Universe yang terbaru ini berbunyi, “49 peratus tenaga kerja di dunia adalah wanita. Bagi anda apakah masalah yang dihadapai oleh wanita-wanita ini di tempat kerja mereka? Mengapa?” Jawab Demi-Leigh pantas, “Di sesetengah tempat kerja hari ini, wanita dibayar hanya 75 peratus dari apa yang diperolehi kaum lelaki. Saya tidak percaya ini adalah betul dan wanita perlu mendapat ganjaran yang sama untuk kerja yang sama lelaki lakukan.”
Di peringkat tiga terbaik atau top 3 pula setiap finalis mendapat soalan yang sama iaitu apakah kualiti terbaik yang ada di dalam diri anda dan bagaimana anda akan gunakan kualiti tersebut jika anda bergelar Miss Universe. Demi-Leigh menjawab, ” Bergelar Miss Universe anda perlu bersikap yakin terhadap siapa diri anda sebagai seorang individual. Miss Universe juga merupakan seseorang yang pernah dan berjaya melalui pelbagai halangan dan menerusi itu dia mampu menolong wanita lain untuk mengatasi kebimbangan dan ketakutan mereka. She is the woman that nothing is ever too much to ask for
, dan saya percaya saya dalah wanita tersebut.”Setiap tahun anugerah kostum nasional terbaik akan diberikan kepada negara yang hadir dengan kostum terbaik sebagai representasi kepada kebudayaan dan juga kekayaan alam negara mereka. Pemenang pada tahun ini adalah Momoko Abe, Miss Universe Japan. Dia menampilkan kostum yang bertukar rupa dari busana ninja kepada kimono menawan.
This website uses cookies.