Wanita memang diciptakan dengan jiwa dan semangat yang sangat luar biasa. Meskipun menanggung kesakitan yang teramat kuat saat melahirkan namun demi kasih sayang terhadap suami dan menyambung zuriat, ada di antara mereka rela perutnya dibelah berulang kali. Besar sungguh pengorbanan wanita bergelar isteri dan ibu. Pun begitu, masih ada manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew saat menyaksikan isteri tercinta bertarung nyawa melahirkan cahaya mata mereka nyata menyentuh emosi ramai. Sekuat dan seteguh mana pun fizikal lelaki, pasti akan gugur air mata mereka tatkala melihat sendiri detik kelahiran permata hati. “Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca ‘Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin…’ Bila baby keluar bidadari saya tak lama, pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali pesan, “Tolong push
kuat-kuat. Nanti baby lemas.” Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah.Ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan… Ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita.
Bila anak keluar isteri dah pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas, isteri masih minta maaf. Katanya “Maafkan saya abang…maafkan saya.”
Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah. Masa anak kedua, ketiga, keempat, czer.. Ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak. Rupanya berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya.. saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..
Selepas baby dikeluarkan. Suasananya.. jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah.. Setiap kali dapat anak, saya azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi SAW anak saya dapat kenal Allah… Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya.”
Membaca entri Ustaz Ebit Lew yang berpesan agar lelaki khususnya suami menghormati tiga golongan wanita ‘terpilih’ dalam hidup mereka nyata satu usaha murni. Jelas Ustaz Ebit, segala kejayaan dan rezeki seorang suami turut bergantung kepada kebaikan yang dicurahkan kepada tiga golongan wanita berkenaan.
“Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya, isterinya, rezekinya jadi sempit? Rezeki yang ada pun boleh hilang.. Betul ke doa seorang isteri itu makbul? Benarkah semua orang yang berjaya di belakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya? Begitu juga doa orang miskin dan yang lemah tidak berdaya? Doa desakan di hati mereka itu didengar.
Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur(ingkar, khianat, tak jujur) Allah beri azab yang pedih.
Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita. Hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.
Orang yang tak mengasihi, tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini. Jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka. Sebagai suami yang baik. Bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi SAW. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.
Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya. Yang tidak hargai ibunya. Jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga. Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat bersalin kerana itulah saat sakit teramat. Lihatlah, pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi..”
Sesungguhnya, berbuat baiklah dan berbakti kepada tiga wanita ini. Takkan pernah rugi dan perjalanan hidup suami pasti mendapat lindungan dan keberkatan dari Allah SWT.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew
This website uses cookies.