Rahsia baharu untuk cantik!
Sukar untuk percaya dapur atau pantri anda mempunyai bahan yang bermanfaat kepada kulit wajah. Soda penaik, bahan murah yang memiliki manfaat melindungi dan memperbaiki kulit wajah. Hanya masker wajah daripada soda penaik mampu membunuh pathogen dan menjadikan kulit anda sihat dan berseri. Rawatan alternatif ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk bajet kecantikan anda.
Anda tidak memerlukan bahan kimia yang kuat untuk menghilangkan jerawat pada wajah. Campurkan soda penaik dan madu untuk disapu pada wajah. Selepas 15 minit, cuci bersih dan rasai perbezaannya.
Takut berjumpa doktor gigi? Apa kata cuba kaedah sapuan gabungan soda penaik, strawberi dan jus lemon untuk memutihkan gigi secara semula jadi. Gunakan berus gigi dan mula memberus gigi anda. Tetapi, jangan lupakan terus temu janji anda dengan doktor gigi!
Tambahkan satu sudu besar soda penaik ke dalam pembersih wajah dan jadikan seperti pes. Urut pada wajah dengan gerakan secara membulat untuk menanggalkan kulit mati, terasa kulit lebih lembut dan bersih.
Mahukan kulit yang lebih cerah? Campurkan soda penaik dengan satu sudu besar jus lemon serta beberapa titisan minyak zaitun. Selepas mencuci wajah, sapukan pes dan bersihkan selepas 10 minit.
Satu sudu teh soda penaik dan tiga titisan minyak essential peppermint di campurkan dengan segelas air. Sedia untuk berkumur dan meneutralkan bakteria yang ada di dalam mulut.
Bukan hanya soda penaik bagus untuk kulit wajah tetapi ia juga menjadi bahan terbaik dalam mandian detoks. Mandian detoks menyingkirkan toksin dan membiarkan kulit tubuh dibelai manja apatah lagi jika bahan itu daripada sumber mineral yang baik. Cuba kaedah ini pada waktu petang kerana penyingkiran toksin ada kalanya membuatkan tubuh anda letih. Pastikan anda kekal terhidrat! Caranya, tambahkan 1 – 2 cawan soda penaik bersama 2 cawan garam Epsom ke dalam tab mandi dan berendamlah selama 30 minit.
Mudah terkena sunburn saat kulit terbiar kepada cahaya matahari? Rendam tuala kecil di dalam campuran air dan soda penaik. Ataupun, tambahkan ½ cawan soda penaik dalam air suam ketika mandi. Ia boleh melegakan kesan sunburn dan gatal-gatal. Ia pengganti terbaik sekiranya anda tidak mempunyai aloe vera.
Apa kebaikan mask soda penaik?
TIPS!
This website uses cookies.