Guna Produk Penjagaan Wajah Yang Sama Ketika Zaman Remaja, Patutlah KEDUTAN Tidak Pudar! Ikut Saranan Penjagaan Kecantikan Ini

Setiap peringkat umur tidak kira lelaki atau wanita mempunyai cara penjagaan wajah berbeza. Selalunya kebanyakan wanita selesa menggunakan produk yang sama dari ketika usia 20an sehingga usia mencecah ke 40an. Mereka takut untuk bertukar kepada produk yang lain atas sebab risau kulit akan rosak.

Walhal penggunaan produk penjagaan yang tidak mengikut usia sebenarnya akan membuat kulit bertambah rosak. Segalanya bermula ketika usia kita mencecah awal 20an. Pemilihan produk yang betul mengikut usia dan kategori kulit dapat membantu memelihara kulit agar lebih cantik, sihat dan bercahaya secara semulajadi. Ingat! Kulit kita semua berbeza dan akan berubah seiring dengan pertambahan usia.

Oleh itu produk penjagaan juga mesti digunakan sesuai mengikut usia. Contohnya apabila usia dalam golongan 30an, kita tidak boleh menggunakan produk untuk mereka yang berusia 20an Begitu juga yang seterusnya.

Ikuti cara penggunaan dan penjagaan kecantikan yang disarankan:

Usia 20-an

Keutamaan penjagaan ketika di usia ini lebih kepada Pencegahan.

Masalah: 

  • Masalah utama mereka yang di usia 20-an adalah Jerawat!
  • Jika masalah ini tidak ditangani dengan betul, ia akan memberi kesan jangka panjang ketika menginjak pada usia seterusnya.
  • Risiko penjagaan yang tidak betul akan menyebabkan keadaan tekstur kulit wajah yang berparut dan kelihatan berlekuk seperti kawah dan kulit akan mula anjal. Boleh anda bayangkan?

Tindakan:

  • Kebanyakan golongan 20an lebih aktif, justeru penggunaan krim pelindungan matahari amat penting.
  • Cari produk kosmetik dan juga suplemen yang mengandungi anti oksidan.
  • Pastikan pelembab harian yang digunakan mengandungi vitamin C dan vitamin E.
  • Sekiranya anda memiliki kulit jenis berminyak dan mudah berjerawat sebaiknya gunakan produk yang mengandungi asid salicylic.

Tip Penjagaan Harian:

  • Pembersih wajah
  • Penyegar
  • Pelembab (dengan tambahan antioksida)
  • Krim pelindungan matahari (mengikut jenis kulit anda)

Usia 30-an

Keutamaan penjagaan wajah pada usia ini adalah mencari produk yang sesuai. Disinilah kita perlu tahu jenis dan masalah kulit yang kita hadapi.

Masalah:

  • Tanda-tanda penuaan pada kulit wajah akan mula kelihatan pada beberapa bahagian wajah.
  • Perlu kita tahu bahawa kolagen akan mula berhenti bekerja pada usia kita 25 tahun.
    Sebab itu, apabila kita tidak menjaga kulit seawal usia 20an, masalah seperti pigmentasi, garisan halus, warna kulit tidak sekata, liang pori besar, tekstur kulit kasar, kulit kering dan lain-lain masalah kulit akan mula kelihatan.
  • Bahkan ada di antara mereka di usia begini sudah mula kelihatan lebih tua dari usia sebenar! Apa yang dilakukan atau tidak dilakukan pada kulit ketika di usia 20an akan mula menunjukkan kesan di usia begini.

Tindakan:

Pastikan produk penjagaan wajah harian anda mengandungi:

  • Retinol – sejenis vitamin A yang membantu kulit menghasilkan kolagen, pengelupasan sel kulit mati dan penghasilan sel kulit yang baru. Ia juga membantu meratakan tona kulit wajah. Bertanyalah dengan perunding kecantikan tentang setiap kandungan di dalam produk.
  • Asid Hyaluronic – untuk memberi dan mengikat air di dalam kulit. Hal ini kerana kulit mudah mengalami blackhead dan whitehead. Jadi kulit memerlukan asid hyaluronic untuk mengurangkan masalah ini.
  • Asid Glycolic – untuk mencerahkan kulit dan ia amat diperlukan dalam rutin penjagaan harian.

Tip Penjagaan Harian:

  • Pembersih wajah
  • Penyegar – pilih mengikut kategori kulit. Fokus kepada mengecilkan pori-pori wajah
  • Serum – mengandungi retinol dan asid hyaluronic atau asid glycolic – bergantung kepada keperluan kulit
  • Pelembab – mengandungi agen yang bersifat antioksida.
  • Krim pelindungan matahari – mengikut kategori dan keperluan kulit anda.
  • Suplemen sebagai tambahan untuk persediaan dalaman.

Ekstra!

  • Kenali dan fahami kulit anda sebelum mendapatkan sesuatu produk. Pilihan produk penjagaan mestilah mengikut jenis dan kategori kulit.
  • Dapatkan nasihat dari pakar atau perunding kecantikan.
  • Pastikan produk yang digunakan bertepatan dengan jenis kulit yang mampu untuk membantu menyelesai atau mengurangkan masalah kulit yang dihadapi.
  • Sentiasa menggunakan krim pelindung matahari setiap kali melakukan aktiviti di luar.
  • Perlu diingatkan jangan sesekali membeli atau menggunakan sesuatu produk atau suplemen dengan hanya berpandukan kepada testimoni daripada kawan, keluarga serta testimoni luar menerusi risalah, online dan sebagainya.
  • Elakkan juga terpedaya dengan tawaran produk berdasarkan harga yang sangat murah.
  • Penggunaan secara konsisten, teratur dan mengikuti cara yang dicadangkan sangat membantu untuk mendapatkan hasil yang optimum.
  • Bagi mereka yang sentiasa bersolek pastikan anda mengunakan makeup remover untuk menanggalkan solekan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

 

Share
Published by
Suzi