Guru kimia Anuthra Sirisena Sinnyore diumumkan sebagai pemenang pertama Malaysia Teacher Prize 2022, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000. Beliau bertugas di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Tenom, Sabah.
Beliau mengintegrasikan teknologi dan gamifikasi dalam bilik darjah yang menyumbang kepada kejayaan sekolahnya berada dalam kedudukan 10 sekolah terbaik untuk subjek Kimia Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara konsisten di negeri itu.
Selain itu, beliau juga merupakan pengasas bersama Tenom Innovation Centre (TIC), sebuah pusat yang telah melatih lebih daripada 2,000 guru dan murid dari sekolah luar bandar dalam bidang robotik dan pengaturcaraan.
“Di Tenom, kita bahagikan kepada lima bahagian buat sekolah rendah, sebagai contoh zon yang terdapat di kawasan bukit dan di bawahnya.
“Jadi di setiap zon, mungkin terdapat lima ke 10 sekolah dan sudah ada sekolah yang bergiat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
“Dengan pendekatan yang dilakukan, kita dapat mengenal pasti ekosistem sekolah, guru, pemimpin sekolah yang akan menjadi wakil mereka di tempat inovasi ini.
Ads
“Kita akan membuka peluang melalui ruang ini. Justeru kita bukan sahaja akan mendidik murid-murid, tetapi ibu-bapa juga. Yang mana kita tahu golongan ini kurang pendedahan terhadap pendidikan STEM,” katanya pada Jumaat.
Anugerah itu ditampilkan buat pertama kalinya dengan kerjasama PEMIMPIN Global School Leaders (GSL) danYTL Foundation.
Bersama-sama Anuthra, empat orang guru lagi telah diumumkan sebagai lima finalis oleh Yang Amat Mulia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Majlis Penganugerahan Malaysia Teacher Prize, yang mana masing-masing menerima RM5,000.
Ads
“Ini bukan anugerah yang mana kita hanya berikan wang dan anugerah semata-mata, tetapi mempunyai mesej disebaliknya yang mana kita mahu memperkasakan lagi golongan guru di Malaysia untuk memenuhi potensi mereka dalam bidang yang mereka minati.
“Sekiranya kita dapat mencari lebih banyak individu seperti ini, kita dapat meningkatkan lagi kualiti bidang perguruan dan juga pendidikan di negara ini secara amnya,” kata Pengarah PEMIMPIN GSL, Samuel Isaiah.
Anugerah berkenaan merupakan edisi tempatan yang diinspirasikan dari Global Teacher Prize, Varkey Foundation yang mana bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa guru khususnya dalam menginovasi kaedah pengajaran dan usaha berterusan dalam mendidik anak bangsa.
Ads
Pemilihan finalis dibuat berdasarkan amalan bilik darjah yang inovatif, sumbangan terhadap profesion perguruan dan komuniti di samping kisah sebagai pendidik.
Turut hadir dalam majlis penganugerahan itu, Pengarah Program YTL, Datuk Kathleen Chew serta Ketua Pegawai Eksekutif PEMIMPIN GSL, Cheryl Ann Fernando
Terdahulu, Malaysia Teacher Prize membuka penyertaan bermula 10 Mei 2022 dan tamat pada 30 Jun 2022 sebelum diteruskan dengan penilaian penyertaan guru di seluruh Malaysia yang telah mendaftar.
Lebih 800 permohonan diterima oleh YTL Foundation sejak penyertaan dibuka dengan proses pemilihan bagi senarai pendek dilakukan panel juri termasuk dalam kalangan ahli akademik dan pegawai Kementerian Pendidikan
Bukan melakukan kerja amal untuk dihargai malah jauh sekali untuk dipuji sebaliknya Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah turut diuji dengan kerakusan kanser yang menyerangnya 13 tahun lalu. Namun dugaan hidup yang ditempuhnya telah mendorong untuk memberi lebih kepada komuniti terutama pesakit kanser.
Wanita anggun yang memiliki semangat luar biasa ini bukan sahaja lambang wanita inspirasi bahkan seorang isteri, ibu dan anak yang serba membahagiakan. “Saya merupakan kanser survivor, sebab itu apabila saya melakukan kerja amal melalui Breast Cancer Foundation ia menjadi lebih bermakna dan saya faham serta kenal sangat masalah dan cabaran yang mereka hadapi.
Bercakap sahaja nampak mudah tetapi sukar untuk menyeimbangkan kehidupan sebagai pesakit, ibu, isteri, anak dan macam-macam peranan menjadi tanggungjawab pesakit kanser. Memang besar cabaran untuk menyeimbangkan kehidupan dan saya bersyukur kerana dengan ‘kurniaan’ ini saya benar-benar dapat mendalami hati dan perasaan pesakit kanser,” tutur Puan Sri Dato’ Azrene lembut memulakan bicara.
Jelas terpancar riak bahagia apabila bercerita tentang perjuangannya membantu pesakit kanser dapat menerima hakikat kehidupan dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala. “Dahulu ketika di awal penglibatan saya, tidak ada sesiapa berani bercakap tentang kanser payudara kerana semua takut untuk bercakap. Sebagai seorang wanita, payudara merupakan simbol yang perlu dipelihara. Bila sudah tidak ada di tempatnya umpama bukan seorang wanita sejati.
Bukan mudah untuk menerima hakikat itu dan perasaan seumpamanya sukar untuk diceritakan kepada umum. Bagi saya Breast Cancer Foundation telah melakukan tugas mereka dengan sempurna untuk mewujudkan kesedaran terhadap wanita tentang bahaya kanser payudara ini. Kini wanita sudah tidak malu untuk bercerita tentang kanser lagi.
13 tahun dahulu hampir 80 peratus pesakit yang datang ke hospital telah didiagnosis kanser tahap tiga atau empat. Tetapi kini bilangan itu sudah semakin berkurangan sehingga 40 peratus. Pada saya ia merupakan suatu anugerah yang tidak terhingga apabila ramai wanita yang sudah sedar dan melakukan pemeriksaan awal. Jadi kanser payudara ini boleh dikesan di peringkat awal dan boleh dirawat dengan lebih cepat. I am so proud of the achievement,” jelas Puan Sri Dato’ Azrene dengan penuh semangat.
Apabila diminta untuk mengulas tentang ramai wanita lain yang menjadikan Puan Sri Dato’ Azrene sebagai inspirasi kehidupan mereka, balasnya dengan nada tenang, “Kerana saya merupakan seorang survivor, secara tidak langsung komuniti kanser payudara ini begitu rapat dengan saya. Apa sahaja yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memperkasa dan menyuntik inspirasi kepada wanita agar bahagia dalam kehidupan walaupun setelah didiagnosis sebagai pesakit kanser. Itu adalah objektif saya.
Apa yang saya lakukan ini umpama telah ditetapkan oleh Sang Pencipta dan meletakkan saya di dunia ini untuk melakukan kerja amal ini. I am happy to do it. Apabila melihat transformasi yang positif telah menguatkan semangat untuk terus berusaha memperkasakan pesakit kanser ini. Apabila saya ketahui ramai wanita yang menganggap saya sebagai sumber inspirasi mereka ini menggalakkan saya untuk beri yang lebih dalam kerja amal begini. I will do this until I die, insyaallah,” terang isteri kepada Datuk Kamaluddin yang merupakan anak sulung bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ini.
Foto: Instagram @breastcancerfoundationmalaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung November lalu, isteri kepada Dato’ Farid Kamil ini mengejutkan ramai pihak apabila dia berjaya memenangi tempat ketiga dalam Toyota Gazoo Racing, TGR Festival yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Sama sekali tidak menyangka dirinya mampu berdiri di atas podium sebagai pemenang perlumbaan di samping Shawn Lee yang menduduki tempat kedua dan pelakon, Syukri Yahya di tempat pertama, Datin Diana Danielle yang mengakui gemar memandu menyifatkan kejayaan tersebut umpama mimpi yang akhirnya menjadi realiti.
Seperti yang sedia maklum, Datin Diana sememangnya seorang figura yang aktif dan menggemari sukan lasak. Malah ketika zaman remaja, beliau juga merupakan bekas Wirawati bagi Program Latihan Khidmat Negara yang pernah disertainya suatu masa dulu. Meskipun kini sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata namun minat Datin Diana dalam sukan lasak tidak pernah pudar.
Memandu jentera Toyota Vios No 15 Veronica pada perlumbaan tersebut, Datin Diana memecut laju meninggalkan lima selebriti lain termasuk Fattah Amin, Janna Nick, Venice Min dan Geraldine. Memang power!
“Never actually thought I’d be able to get on a podium. I love driving, so to get the opportunity to race under Toyota is my ‘secret’ dream come true.”
Berkongsi pengalaman pertamanya ketika berada dalam kereta lumba di trek Sepang sekitar Jun lepas, Datin Diana menjelaskan ia adalah sesuatu yang sukar. Tambahan pula apabila terpaksa memandu kereta manual. “Pertama kali masuk ke sekolah lumba kereta, enjin kereta saya mati lebih 20 kali untuk masuk ke gear satu. Nak imbangkan pedal klac, brek dan minyak ambil masa yang agak lama. Semuanya serba tak kena. Saya rasa seperti tak mampu hendak memandu laju kereta Vios tersebut. Masa berlatih di Mofas USJ pun saya masih susah hendak tukar ke gear 2 dan gear 3. Mujur ada tenaga pengajar yang sudi beri tunjuk ajar dan tak putus asa membantu. Now we’re at the Sepang track going on gear 4 and 5, down shifting to gear 3 and 2 -going up and down on the gears. It’s getting easier but there’s a lot more for me to learn before I am ready for the Gazoo Race in August.”
Perlumbaan yang berlangsung di Serdang itu merupakan perlumbaan Vios Challenge kali kedua selepas aktres jelita berkenaan menyertai acara ini di Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ogos tahun lepas. Bukan calang-calang ya boleh turut serta perlumbaan seperti ini kerana Datin Diana pun dikehendaki menjalani latihan bersama para tenaga pengajar bertauliah dari Toyota selama hampir tiga bulan.
Menerusi posting di Instagram @dianadanielleb, khabarnya beliau sekali lagi akan memasuki trek lumba di Medini, Johor Bharu pada 19 dan 20 Januari depan. Mungkinkah Datin Diana Danielle bakal melakar kejayaan sekali lagi? Nantikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekalung tahniah diucapkan buat isteri penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella yang menerima pengurniaan pingat daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini. Istiadat pengurniaan pingat kebesaran berlangsung di Istana Negara.
Pada majlis itu, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin hadir menemani isteri tercinta iaitu Intan Nur Fathihah.
Selebriti yang pernah berkhidmat sebagai pramugara Malaysia Airlines selama 17 tahun ini tampil segak dalam persalinan Baju Melayu rona hitam lengkap bersampin songket.
Sementara isterinya, anggun dalam busana tradisi rona pastel pic sedondon dengan tudung.
Menerusi perkongsian foto di media sosial milik Zarul, jelas terpancar wajah teruja dan syukur pasangan romantis ini. Di samping mengabadikan momen istimewa tersebut buat kenang-kenangan.
Ujar Zarul, “Alhamdulillah, tahniah buat isteri atas pengurniaan Pingat Pangkuan Negara PPN oleh YDPA.”
Zarul mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 25 April 2009. Menerusi perkahwinan terdahulu, Zarul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Ayu Nur Arisya berusia 22 tahun.
Selain aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan, Zarul turut aktif sebagai YouTube Vloger.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, tenang tengok kehidupan keluarga Johan dan Ozlynn. Walau kedua-duanya selebriti popular dan terkenal namun mereka selesa hidup bersederhana. Bagi pasangan ini, paling utama adalah membesarkan dan mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin ...