Sambut Anniversary Ke 3, Ucapan Wan Emir Buat Mira Filzah Dari Bumi Switzerland

Tahun ini, genap 3 tahun pelakon dan pengacara Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid. Kebahagiaan pasangan ini diserikan dengan kehadiran zuriat pertama pengikat cinta, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.


Melalui posting di Instagram milik Mira Filzah dan Wan Emir, pasangan ini kini berada di Switzerland atas urusan kerja. Walaupun sibuk memenuhi urusan kerja, nampaknya pasangan bahagia ini sempat menikmati keindahan Switzerland yang sememangnya mempunyai pemandangan yang menakjubkan.


Melalui posting di Instagram milik Wan Emir, bapa kepada Wan Khair Amir ini sempat menitipkan ucapan romantis buat isteri tersayang sempena ulang tahun perkahwinan ke 3 mereka yang disambut pada hari ini.


3.9.20, takdir Yang Maha Esa tertulis bahawa dirimu @mfmirafilzah menjadi amanah buat diriku di dunia dan di akhirat.
Nur Amirah Filzah Isteriku Syurgaku, di mataku, dirimu insan luar biasa. Banyak pengalaman tercipta, memori terukir sejak kita membina rumahtangga bersama dua tahun yang lalu. Ada suka dan duka, ada pengorbanan dan kejayaan. Tetapi apa yang pasti adalah sifat semulajadi dirimu yang cukup penyayang, pemurah dalam berbudi dan berbakti, memberi terbaik dan segalanya dalam sesuatu perkara. Sifatmu ini terus dan sentiasa menawan hatiku terhadap dirimu wahai isteriku, dan menjadi inspirasi dan peringatan buat diriku sendiri setiap hari.


Kini, masuk tahun ketiga perkahwinan, kita membawa @wankhairamir putera sulung pula bersama dalam bahtera kehidupan sebagai pasangan yang berusaha mencari keredhaan Allah SWT. You have shown an incredible sense of maternal care & bond — from the moment we discovered him, until today — and I can only see you becoming more passionate in him and to our growing family.
Bersama kita berdoa dan zahirkan keinsafan dan kesyukuran, moga usaha kita dalam membina keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah, sentiasa dilindungi dan dipimpin-Nya, aamin YRA.
, hingga Jannah.
#EmirAmirah
#ArahManaSyurga
*And thank you everyone for your wishes and prayers too, may Allah SWT bless you all the same and more.

Emir dan Mira Filzah mendirikan rumahtangga pada 3/9/2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara yang diadakan dalam suasana sederhana memandangkan ketika itu negara masih berada dalam situasi pandemik Covid-19 yang membimbangkan. Namun begitu, para peminat dapat mengikuti perjalanan majlis perkahwinan melalui saluran Youtube sebuah stesyen televisyen swasta tanahair.

 

 

 

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Mira Filzah berkunjung ke Switzerland memandangkan pada tahun 2016, gambar percutian Mira ke sana juga boleh dilihat menerusi #duovgetravels. Bermula dari London, kemudian aktres popular ini terbang ke Switzerland dan seterusnya menaiki tren dari Geneva ke Zermatt sebelum meneruskan perjalanan ke St.Moritz, Tirano, Lugano, dan Lucerne.


Namun kunjungan ke Switzerland kali ini ternyata lebih istimewa apatah lagi ditemani suami tersayang di samping dapat meraikan ulang tahun perkahwinan di salah satu lokasi percutian yang menakjubkan!

Share
Published by
Rosmah Idayu