Fesyen

HABIB Lancar Koleksi Auspicious Bloom, Motif Sempoa Jadi Tarikan Sempena Tahun Baru Cina

Bersempena perayaan Tahun Baru Cina, HABIB menampilkan koleksi Auspicious Bloom 2021, antaranya barangan kemas Oro Italia 916 berilhamkan ‘abacus’ ini.

‘Abacus’ atau sempoa merupakan sejenis peralatan mengira dan berkait rapat dengan makna wang serta kesejahteraan. Ia juga membawa maksud kekayaan dan kejayaan mengikut kepercayaan masyarakat Cina.

Seperti rekaan di bawah Koleksi Oro Italia 916 yang dikeluarkan oleh HABIB ini, rekaan ‘abacus’ menggunakan teknologi dari Itali menghasilkan kemasan bagai potongan berlian, high polish dan matte yang boleh dilihat pada kalung bebola manik yang boleh digerakkan.

TAHUN LEMBU

HABIB menyambut meraikan Tahun Baru Cina bertemakan ‘Auspicious Blooms’ yang bermaksud bunga yang sedang mekar. Ia juga membawa erti tuah, keamanan dan kegembiraan, sesuai menjadi inspirasi kepada anda untuk berkongsi hadiah kebahagiaan bersama yang tersayang.

Mengikut 12 kitaran haiwan pada Kalendar ‘Lunar’ dan lima kitaran unsur, 2021 adalah Tahun ‘Lembu’ (Ox) berunsurkan logam dan ia hanya terjadi sekali pada setiap 60 tahun. Lembu (Ox) memberi gambaran kejujuran, kekuatan dan keazaman yang kuat bersandarkan sejarah peranannya dalam bidang pertanian.

Manakala, logam pula melambangkan kekayaan berikutan kepentingan nilai yang ada pada logam berharga terutamanya emas. Bertepatan dengan ini, HABIB telah melancarkan wafer emas 999 edisi terhad bermotifkan Lembu (0.2g) sempena menyambut ketibaan Tahun Lembu berunsur logam.

Jom cuci mata tengok koleksi ‘abacus’ yang unik ni. Sebenarnya kalau bijak suai padan, sesuai juga digayakan pada hari-hari bukan perayaan. Yang penting mesti pandai layering dengan kalung lebih moden.

 

 

 

Share
Published by
Norzalina