Habis Ikan Ternakan Tuan Rumah MATI, Gara-Gara Ibu Bapa Tak Pantau Anak Masa BERAYA!

Allah, besar dugaan tuan rumah ini. Kalau yang mati cuma seekor dua mungkin boleh dimaafkan. Ini lebih daripada 20 ekor. Yang mati pun bukan ikan-ikan biasa.. cantik dan mahal pula tu harganya.

Macam-macam hal berlaku musim perayaan ini. Paling menakutkan, bila ada ibu bapa yang bersikap sambil lewa terhadap kelakuan anak-anak ketika pergi beraya sampai habis rosak harta-benda tuan rumah.

Terbaru, satu lagi kes seumpamanya terjadi. Kali ini melibatkan ikan ternakan yang mengorbankan puluhan ekor. Seperti yang dilaporkan Pen Merah Dot Com yang dipetik dari Aman Mokhtar, “Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dalam air & tv plasma tuan ruman jatuh dan pecah. Dua-dua pasal kes datang beraya bawa anak-anak yg hyperactive tapi tak pantau.

And now one of my friend on IG. Ikan-ikan dalam kolam dia banyak mati sebab kes yang sama, bawa anak datang beraya tak pantau jaga. Ni kes tabur sebalang makanan kat ikan mcm tu je pastu ikan tak makan dan effect

kat air kolam. Esoknya 20 ekor semua terapung mati.

Pleaselah ya yang ada anak-anak kecik tu terutamanya. Jaga elok-elok dan pantau. Jangan sedap nak penuhkan perut sendiri sampai anak sendiri tak terpandang perangai kat tempat orang.

Ikan-ikan kolam ni bukan murah nak beli. Last gambar tu ikan tu dah ready nak bertelur tapi dah sampai ajal. Kesian tuan rumah.

Lain kali kalau tau anak tu dah perangai buas sangat dan sendiri tak reti nak control, better

tinggal jelah anak kat rumah. Jangan nanti menyusahkan orang lain. Ni datang beraya rumah tau, bukan kat padang bola.”

Bagi ibu bapa yang hendak keluar beraya kelak, pastikan anda awasi setiap gerak-geri anak. Jangan bila dah terjadi baru hendak menyesal.

Sumber : Pen Merah Dot Com

Share
Published by
Suzi