“Habis Tercabut Semua Bulu Mata,” Baca Ni Untuk Tip Pemakaian MASKARA Yang Sempurna!

Memiliki bulu mata yang panjang dan melentik akan menyerlahkan lagi penampilan anda. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapat bulu mata yang cantik. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan maskara.

Jika anda berasa malas untuk mengenakan solekan yang tebal pada wajah ketika ingin keluar rumah, cuba tambah maskara. Pasti akan memberi efek fresh look dalam penampilan anda.

Solekan yang kemas terutamanya pada bahagian mata adalah sangat penting untuk sentiasa tampil cantik dengan mata galak. Ini ada beberapa tip cara memakai maskara yang tepat dan baik.

1. PILIH MASKARA YANG TEPAT

Dipasaran, terdapat pelbagai jenis maskara yang memberikan efek yang berbeza-beza untuk bulu mata. Ada maskara yang menjanikan kesan lebat, panjang dan tahan lama. Kenali jenis bulu mata anda dan cuba cari maskara yang mempunyai formula yang khusus.

 

2. WARNA HITAM TERBAIK

Warna hitam sangat sesuai untuk dipakai oleh semua orang. Namun, tidak menjadi masalah jika anda ingin cuba bermain dengan rona coklat dan sebagainya. Maskara warna hitam juga sesuai bagi mereka yang berambut perang.

 

3. SUDAH TIGA BULAN? BUANG!

Jika mascara anda sudah melebihi tiga bulan. Buang saja dan gantikan dengan yang baharu. Dan jangan tunggu sehingga warna maskara berubah warna dan berbau kerana akan menjejaskan kesihatan mata.

 

4. GUNA MASKARA KALIS AIR BILA PERLU SAHAJA

Penggunaan maskara yang mempunyai formula kalis air juga sangat sukar untuk dibuang kerana anda perlu menggosok dengan kuat dan akan membuatkan bulu mata anada gugur. Jangan terlalu kerap maskara yang kalis air. Pakai hanya ke majlis yang tertentu sahaja.

 

5. PELENTIK BULU MATA

Gunakan pelentik bulu mata dari pangkal bulu mata dan perlahan-lahan sehingga ke hujung bulu mata. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga boleh lihat perubahannya.

 

6. MAKE UP REMOVER

Jangan lupa bersihkan maskara selepas seharian dan gunakan make up remover yang berunsurkan minyak kerana minyak akan membantu menanggalakan kotoran dengan lebih pantas. Selain itu, jangan tidur dengan maskara yang belum dicuci kerana ini akan membuatkan mata senang dijangkiti kuman.

Pelihara bulu mata dengan beberapa langkah mudah ini dalam pemakaian maskara yang sempurna agar bulu mata sentiasa sihat.

Share
Published by
Elly Jalil