“Hadiah Besar Dari Allah..” Di Usia 56 Tahun DATUK ROSYAM NOR Bersyukur Timang Cucu Kelima Di Bulan Ramadan

Siapa yang tak mengenali pelakon tempatan berbakat besar, serta hero malaya Datuk Rosyam Nor bukan? Sebentar tadi, Datuk Rosyam berkongsi rasa kesyukuran apabila dia selamat menimang cucu kelima, jam 2.38 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh aktor yang berusia 56 tahun itu di laman Instagramnya menerusi hantaran video menyaksikan Datuk Rosyam memangku cucunya itu, namun masih belum diketahui jantinanya.

“Alhamdullilah. Hadiah besar dari Allah pada Ramadhan kali ini. Lahir seorang lagi cucu ke 5 penyambung zuriat aku jam 2.38 pagi tadi. Mak dengan ayahnya big boss minta aku berikan nama,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan menzahirkan ucapan tahniah kepada Rosyam Nor atas kurniaan yang terindah tersebut apatah lagi cucunya itu lahir di bulan penuh keberkatan.

Untuk rekap, anak ketiga kepada pelakon, penerbit, pengacara dan usahawan itu iaitu Nurlisa Mohamed Noor memilih Khairul Azhar Fazli sebagai suami, dan berkahwin sekitar bulan Julai tahun lepas.

 

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

Share
Published by
Wan Firdaus