Untung staf Bellaz Beauty sebab dapat majikan prihatin dan baik hati macam Muabellaz! Demi menghargai kerja keras pekerja yang bertungkus-lumus membawa bisnes produk kecantikan dikenali dan berkembang maju seperti sekarang, personaliti media sosial yang juga pengasas Bellaz Beauty ini berbesar hati memberi ganjaran kepada mereka.
Bukan calang-calang pemberian pula tu. Menerusi perkongsian di media sosial, beberapa pekerja wanita Bellaz dilihat teruja dan gembira menerima hadiah beg tangan di sebuah butik Michael Kors. Lagi menarik, mereka diberi peluang membuat pilihan beg tangan sendiri.
Seronok dapat majikan ‘sempoi’ dan pemurah macam Bellaz. Tak pernah berkira dan lokek kongsi rezeki. Bukan saja dengan peminat tetapi juga dalam kalangan staf.
Kongsi Bellaz di Instagram miliknya, “Harini belanja crew Bellaz Beauty HQ beg raya. Pilihlah yang mana suka. Tak ternilai jasa pengorbanan keringat depa bersama-sama Bellaz Beauty. Seorang tak dapat, ada emergency. Nanti kita surprise beli dekat dia pula.”
Patutlah rezeki Bellaz sentiasa melimpah ruah. Orangnya pemurah dan suka bersedekah.
Sepanjang dikenali sebagai selebriti, Bellaz rajin kongsi ilmu solekan, beri sedekah dari segi wang dan makanan. Sampaikan produk kosmetik miliknya sendiri pun dia sudi beri secara percuma kepada peminat.
Kisah kejayaan dan kehidupan wanita kelahiran Kedah ini sering menjadi tumpuan generasi muda. Mana tidaknya, dalam usia yang masih muda, Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini berjaya melakar pelbagai pencapaian dan kemewahan hidup.
Malah, dia tidak pernah malu mendedahkan kehidupan susahnya suatu ketika dulu agar dijadikan pembakar semangat buat kaum wanita lain untuk berjaya.
Semoga usaha murni Bellaz menjadi ikutan kepada lebih ramai usahawan berjaya lain untuk berkongsi rezeki. Nona juga mengharapkan agar Bellaz terus memberi inspirasi dan memperkasakan golongan wanita.
This website uses cookies.