Pandai Anzalna Nasir simpan rahsia. Rupa-rupanya dalam diam, isteri Hanif Zaki ini sudah hamil empat bulan! Alhamdulillah, hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri.. akhirnya impian untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan.
Berkongsi momen indah bersama keluarga tercinta sempena ulang tahun kelahirannya semalam, 9 Januari.. Anzalna dan suami membuat kejutan istimewa dengan meletakkan foto imbasan kandungan sebagai hadiah kepada setiap ahli keluarga mereka.
Kongsinya, “On this special day, on my birthday I would like to share with all of you that Hanif and I are expecting our first baby. Syukur alhamdulillah.
Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsiaNya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal.”
Sehingga kini, video pendek yang dikongsikan Anzalna di dalam media sosial miliknya mendapat ratusan ribu tontonan. Mesti ramai peminat pun tumpang gembira ternanti-nantikan kelahiran bayi comel pasangan romantis ini.
Tahniah buat Anzalna dan suami. Moga Anzalna diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan dikurniakan cahaya mata yang sihat.
Anzalna dan Mohamad Hanif sah bergelar suami isteri pada tanggal 21 Februari 2016 setelah 10 tahun mengenali di antara satu sama lain.
Kredit: Instagram Anzalna Nasir
This website uses cookies.