Ramai yang berkira-kira untuk keluar berjumpa doktor sejak tempoh PKP dikuatkuasakan. Tidak ada salahnya untuk ke klinik jika benar-benar perlu tambahan pula jika seseorang wanita itu mengalami haid yang berpanjangan seperti ini.

Kedatangan haid yang panjang boleh membuatkan seorang wanita tidak bermaya dan pucat. Banyak punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan sekiranya masih berpanjangan, mereka perlu segera dapatkan rawatan.

Ads

 Kitaran haid normal sebenarnya bergantung kepada seseorang wanita. Ia boleh sependek 22 hari atau sepanjang 36 hari di mana ia termasuk hari anda berada dalam haid. Namun, terdapat wanita yang mengalami pendarahan haid lebih dari 15 hari sehingga wajah pucat, badan lesu dan badan tak selesa.

 Menurut Dr Zubaidi Hj. Ahmad di dalam laman blognya, keadaan ini dinamakan Menorrhagia. Puncanya boleh dikenal pasti melalui penjelasan di bawah:

 Ketidak seimbangan hormon

Dalam kitaran haid normal, keseimbangan hormon estrogen dan progesteron akan menyebabkan lapisan rahim menjadi tebal dan runtuh menjadi darah haid. Jika berlaku ketidak seimbangan hormon, endometrium berkembang berlebihan dan haid menjadi banyak dan panjang.

Walaupun Dalam Tempoh PKP, JANGAN Berdiam Diri Jika HAID LEBIH 15 HARI!

Kegagalan fungsi ovari

Jika ovari tak berfungsi dengan baik, telur tidak dilepaskan dan ovulasi tak berlaku, sehingga mengakibatkan tubuh gagal hasilkan hormon progesteron.

Fibroid rahim

Haid yang lebih banyak dan panjang dari biasa. 

Walaupun Dalam Tempoh PKP, JANGAN Berdiam Diri Jika HAID LEBIH 15 HARI!

Polip

Munculnya ketumbuhan kecil pada permukaan rahim tetapi tidak berbahaya. Ia sering berlaku pada wanita berusia 30an akibat penghasilan hormon tinggi.

Adenomyosis

Ia berlaku apabila kelenjar pada lapisan dalam rahim tertanam dalam otot rahim. Ia sering berlaku pada wanita pertengahan umur yang sudah mempunyai anak.

Ads

Walaupun Dalam Tempoh PKP, JANGAN Berdiam Diri Jika HAID LEBIH 15 HARI!

Alat perancang kehamilan dalam rahim (IUD)

Jika alat ini di dapati menjadi penyebab kepada pengaliran darah haid yang banyak dan panjang, dapatkan nasihat doktor untuk dikeluarkan.

Kanser

Kanser rahim, kanser ovari dan kanser pangkal rahim juga boleh menyebabkan haid berlebihan tetapi ia jarang berlaku.

Ads

Walaupun Dalam Tempoh PKP, JANGAN Berdiam Diri Jika HAID LEBIH 15 HARI!

Penyakit keturunan berkaitan gangguan pembekuan darah

Penyakit seperti Von Willebrand, satu keadaan di mana pembekuan darah sukar berlaku yang menyebabkan pendarahan haid tidak normal.

Ubat-ubatan

Terdapat jenis ubatan yang boleh menyebabkan pendarahan haid berpanjangan contohnya ubat tahan sakit dan pencair darah.

Walau apa juga puncanya, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor dengan segera agar masalah ini dapat diselesaikan.

Walaupun Dalam Tempoh PKP, JANGAN Berdiam Diri Jika HAID LEBIH 15 HARI!

 

Sumber: Laman blog Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI