Ia satu kolaborasi yang mengejutkan juga mengujakan apabila Cakenis Club mengumumkan Pemain Badminton Negara yang juga Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia sebagai ikon kerjasama untuk koleksi terbaharu, CAKENIS CLUB X LEE ZII JIA yang menggabungkan antara stail dan sukan dalam satu laras fesyen yang unggul.

Diinspirasikan daripada gaya hidup Lee Zii Jia yang aktif dan sering mengembara, rekaan ini didedikasikan istimewa untuk mereka yang mementingkan kebolehsesuaian dan gaya elegan dalam helaian kembara mewah mereka. Koleksi ini menggabungkan seleksi jumper signatur Cakenis, Cooling Cotton Blend yang menyerlahkan penampilan sofistikated kasual dalam keselesaan maksimum. Inilah idea fesyen yang ikonik dan praktikal untuk penataan gaya uniseks.

“Sebagai suami, saya cukup berbangga dengan pencapaian Hanis sebagai seorang usahawan yang mempunyai misi dan visi yang jelas menerusi kerjasama ini”, jelas Hairul Azreen.

Hairul Azreen Bangga Dengan Kejayaan HANIS ZALIKHA, Kini Jenama Pakaian Diasas Isteri ‘Mendunia’ Dengan Lee Zii Jia!

Ads

Hairul Azreen Bangga Dengan Kejayaan HANIS ZALIKHA, Kini Jenama Pakaian Diasas Isteri ‘Mendunia’ Dengan Lee Zii Jia!

Menurut Pengasas Cakenis, Hanis Zalikha, pemilihan Lee Zii Jia adalah sangat bertepatan dengan hala tuju dan prinsip jenama mereka. “Sebagai salah seorang atlet badminton tersohor di Malaysia, pengaruh beliau menjangkaui jauh ke luar gelanggang. Beliau tidak hanya disanjung atas bakat kesukanan yang dimiliki, malah gaya hidup dan citarasa fesyennya juga menjadi intipan peminat beliau,” ujar Hanis lagi.

Ads
Hairul Azreen Bangga Dengan Kejayaan HANIS ZALIKHA, Kini Jenama Pakaian Diasas Isteri ‘Mendunia’ Dengan Lee Zii Jia!
Lee Zi Jia bersama Hairul Azreen dan Hanis Zalikha

Pelancaran CAKENIS CLUB X LEE ZII JIA yang diadakan hari ini juga mencatatkan satu lagi kejayaan unggul dalam perjalanan jenama Cakenis yang memasuki tahun ke-10 pada tahun ini. Sebelum ini, pernah sekali Cakenis berkolaborasi dengan jenama antarabangsa, Barbie by Mattel. Dan, kerjasama bersama Lee Zii Jia kali ini menandakan satu lagi kejayaan baharu dalam mencerminkan kecemerlangan Cakenis di pentas global.

Simbolik kejayaan ini juga diterjermahkan menerusi kempen koleksi CAKENIS CLUB X LEE ZII JIA yang memaparkan kehadiran Lee Zii Jia bersama helikopter melambangkan semangat perjuangan, kejayaan dan prestij.

Ads

Hairul Azreen Bangga Dengan Kejayaan HANIS ZALIKHA, Kini Jenama Pakaian Diasas Isteri ‘Mendunia’ Dengan Lee Zii Jia!

Majlis pelancaran yang diadakan di pusat membeli-belah mewah, The Starhill Kuala Lumpur hari ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan penampilan istimewa para atlet lagenda yang meraikan gabungan antara fesyen dan sukan.

Selepas sesi sidang media dan pengenalan rasmi mengenai koleksi ini, sesi berikutnya dibuka kepada orang ramai untuk ‘meet and greet’ bersama Lee Zii Jia dan melihat koleksi CAKENIS CLUB X LEE ZII JIA secara lebih dekat, “Experience Snug Luxury.” Koleksi Cakenis boleh didapati secara online di www.shopcakenis.com atau secara langsung di Isetan, KLCC.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI