Fesyen

Haiwan Kesayangan Juga Bakal Ada Baju Raya! Kolaborasi DD CAT Bersama ANNA JOBLING Untuk Si Comel

Bagi pencinta haiwan terutamanya kucing pastinya sudah berkira-kira untuk mencari baju raya untuk haiwan peliharaan mereka. DD Cat, jenama pakaian kucing memperkenalkan koleksi ‘Baju Raya Kucing DD Cat’ bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023.

Pelancaran koleksi Baju Raya Kucing DD Cat yang berlangsung di Coo & RIKU Lalaport Pet
Shop, Kuala Lumpur  merupakan kolaborasi DD Cat bersama artis tersohor Anna Jobling.

Kolaborasi DD Cat bersama Anna Jobling bukanlah bersandarkan populariti selebriti itu semata-mata, sebaliknya kerana sifat semula jadi Anna Jobling yang kasih, prihatin da nempati terhadap haiwan kesayangan Rasulullah SAW.


Ini juga selari dengan fokus utama DD Cat yang ingin mengajak orang ramai menyuburkanrasa kasih terhadap kucing peliharaan mereka, sepertimana mereka menyayangi ahli keluarga sendiri.

“Bagi saya sendiri, saya menganggap kucing-kucing saya bukan sekadar haiwan peliharaansemata-mata tetapi mereka adalah sebahagian daripada keluarga saya. Justeru, menyambut Syawal bukan sahaja saya yang mahu kelihatan cantik tetapi saya mahu kucing-kucing saya juga kelihatan cantik dan bergaya di pagi raya,” jelas Anna Jobling.

Koleksi Baju Raya Kucing DD Cat tampil dengan empat jenis fesyen iaitu Baju Melayu Simba, Kurta Muezza, Baju Kurung Bella dan Baju Kebaya Luna. Untuk semua koleksi ini, DD Cat mengetengahkan enam nuansa warna menarik  seperti Maroon, Mustard, Purple, Emerald Green, Baby Blue,

dan Shocking Pink.

Koleksi DD Cat bersama Anna Jobling ini ternyata lebih unik dan bakal menjadi rebutankerana menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi, termasuk songket bunga penuh dan seni halus batik selain menjamin keselesaan kucing kesayangan anda.

Menjangkakan sambutan jualan yang hebat, sebanyak 20,000 unit baju raya kucingtelahdikeluarkan dalam pengeluaran yang pertama DD Cat. Koleksi Baju Raya KucingDDCat ini bakal habis terjual dalam kadar yang cepat kerana harga yang ditawarkan bermula dari RM39 untuk Kurta Muezza dan harga RM49 untuk Baju Melayu Simba, Baju Kurung Bella serta Baju Kebaya Luna.

DD Cat percaya pencinta kucing di Malaysia akan dapat mencari baju raya kucing yang bertepatan dengan ciri fizikal dan personaliti kucing mereka dari koleksi yang ditawarkan. Koleksi sulung DD Cat boleh didapati melalui pembelian dalam talian bermula16Mac2023. Maklumat lanjut mengenai produk DD Cat, ikuti @ddcathq di Instagram, Tiktok, Facebookdan Shopee.

Share
Published by
Rosmah Idayu