Gaya Hidup

Hamil 5 Bulan & Ibu 6 Anak, Datin Dr Halina Kongsi Momen Bawa Anak Bertarawih!

Mac ini, masuk lima bulan usia kandungan Datin Dr Halina Mohd Yunos. Bersempena menyambut bulan penuh keberkatan dan walau sedang hamil, isteri Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini tetap gagahkan diri ke masjid untuk menunaikan solat tarawih.

Pasangan suami isteri romantis ini sering menjadi rujukan dan inspirasi kaum ibu bapa kerana kemampuan mereka mendidik kesemua anak dengan baik.

Baca https://www.nona.my/umur-11-tahun-tahap-iq-lebih-130-datuk-sheikh-muszaphar-tak-sangka-anak-sulung-genius/

Tidak mahu ketinggalan mengerjakan solat tarawih tahun ini, Datin Dr Halina yang juga ibu kepada enam cahaya mata tersebut enggan menjadikan kehadiran anak kecil sebagai halangan untuk beribadah.

Perkongsian Datin Dr Halina membawa anak-anak ke masjid baru-baru ini mendapat perhatian ramai golongan ibu.

Kredit Instagram @drhalina
Kredit Instagram @drhalina
Kredit Instagram @drhalina

Difahamkan, anak-anak perempuan mengikuti ibu mereka di saf wanita sementara anak-anak lelaki pula bersama bapa.

Dedahnya, “Team girls! Whole family went to tarawih last night. We split into two. Boys with daddy, girls with mommy.”

Untuk memastikan anak kecil yang dibawa bersama tidak meragam dan mengganggu ketika solat, Datin Dr Halina kreatif menyediakan keperluan anak agar mereka leka dengan aktiviti sendiri.

“It was Emelia’s first time to the mosque. I packed colouring book and pencil colour for both Emelia and Eusoff (E&E).

We prayed at the back saf so Emelia can find us easily. She was calm and focused on her colouring book.”

Kredit Instagram @drhalina

 

Kredit Instagram @drhalina

Baca https://www.nona.my/brought-my-mom-to-labuan-just-me-her-sikap-dato-sheikh-muszaphar-bawa-ibu-bercuti-raih-pujian/

Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga dengan angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sophea Isabella yang lahir pada 21 Julai 2011 dan Sophea Natasha lahir pada 19 Januari 2013.

Cahaya mata kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah dilahirkan pada 27 Julai 2017 serta sepasang kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang kini berusia dua tahun. Dr Halina kini hamil anak ketujuh.

Share
Published by
Suzi