Hamil Anak Pertama, BARBIE MALAYSIA Teruja Nak Jadi Ibu!

Kehamilan sememangnya pengalaman yang indah buat seorang wanita. Perasaan gembira, gementar dan teruja bercampur baur dan sukar digambarkan melalui kata-kata. Berita kehamilan wanita yang sinonim dengan gelaran Barbie Malaysia @fazulkafli atau Faz Barbie melalui laman Instagram miliknya beberapa hari lalu dianggap sebagai rezeki atau aturan Allah untuk dirinya dalam situasi seluruh dunia berhadapan dengan pendemik.COVID-19.
Tidak merancang mengenai kehamilan, Faz Barbie menganggap berita kehamilan semasa berhadapan dengan PKPP baru-baru ini menjadi antara kenangan manis buat dirinya dan suami tersayang, Asadel Farhaan Hamdan.
“Mestilah teruja dan sememangnya kami berdua tidak merancang kehamilan. Sebelum ini kami sudah selesa berdua sahaja kerana sibuk menguruskan perniagaan Scrub District. Malah, tak pernah merancang untuk hamil. Tetapi rezeki zuriat ni menjadikan kami lebih matang dan segala aturan Tuhan begitu istimewa, Alhamdulillah tempoh PKP bukan sahaja memberi rezeki dalam bidang perniagaan, tetapi lebih dari itu,” ujar Faz Barbie yang bakal menginjak 16 minggu usia kandungannya.
Ditanya mengenai alahan yang dihadapi ketika di awal kehamilan, Faz Barbie turut tidak terlepas dari alahan kehamilan yang teruk di awal kehamilannya.
“Trimester pertama agak loya tapi Alhamdulillah tidak ada muntah-muntah.Cuma makanan yang biasanya Faz gemar nikmati seperti nasi lemak, masak lemak cili padi tak boleh Faz nikmati. Mungkin baby

tak suka dan tak boleh telan hidangan yang berasaskan santan,” ujar Faz Barbie yang teruja dengan kehamilannya. Faz Barbie yakin, bersusun keajaiban yang diperolehinya sebaik sahaja disahkan hamil.
Menyentuh mengenai makanan yang digemari sepanjang kehamilan pulak, agak pelik apabila makanan yang tidak digemarinya seperti kari dan epal menjadi antara makanan kegemarannya kini.
Saat disahkan hamil, Faz Barbie yang terkenal sebagai seorang influencer yang mengekalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang seimbang. Tidak leka status sebagai wanita hamil, Faz Barbie mengekalkan tahap kesihatan yang baik apatah lagi masih melakukan rutin senaman seperti biasa. Walaupun hamil, Faz Barbie menyesuaikan senaman dengan keadaan semasa dirinya dan menjaga pemakanan untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.
“Barbie sememangnya amat strict tentang penjagaan badan dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Jadi, Barbie akan berjogging 5km setiap hari dan amalkan senaman legs
bodyweight workout sepanjang trimester pertama kehamilan. Terima kasih kepada Youtube yang banyak mengandungi informasi dan senaman yang sesuai untuk wanita hamil. Barbie amat pentingkan senaman. Hamil bukanlah alasan untuk tidak bersenam.
Antara senaman yang bagus untuk ibu hamil ialah squats
untuk menguatkan lagi otot-otot pelvis supaya senang bersalin kelak,” ujar Faz Barbie yang mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum melakukan rutin senaman demi menjaga kandungan pertamanya itu.
Walaupun ada kalanya penat dan tidak bermaya sepanjang 16 minggu proses kehamilan, namun tinggi lampai ini teruja melalui momen indah tersebut apatah lagi berpeluang merasai nikmat hamil zuriat cinta suami tersayang.
Share
Published by
webadmin