Hamil Bukan Penghalang, 5 Atlet Dunia Ini Buktikan Kudrat Ibu Mengandung MAMPU TEWASKAN Pesaing Lain

Kehamilan adalah tempoh khas dan sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Semasa mengandung, seorang wanita perlu menjaga bukan sahaja tentang kesihatan mereka sendiri, tetapi juga kepada kesihatan bayi dalam kandungan.

Penyertaan wanita dalam sukan bertaraf antarabangsa sewaktu hamil sememangnya menarik perhatian dan pastinya menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan. 5 wanita hamil di bawah ini antara yang paling menyerlah tatkala menyertai sukan bertaraf antarabangsa. Jom tengok siapa orangnya.

(a) Quzandria Nur Mahamad Fathil, Atlet Ekuestrian Malaysia

Kejayaan Quzandria Nur Mahamad Fathil menghadiahkan emas ekuestrian dressage individu dalam keadaan dirinya sedang mengandung lima bulan sememangnya sesuatu yang boleh dibanggakan.

Walaupun sedang hamil, namun demi menggalas cabaran memburu pingat emas buat Malaysia dalam Sukan SEA ke-29,  Quzandria, 35, melakukan pengorbanan besar menyembunyikan keadaan dirnya yang hamil untuk negara.

Quzandria mengakui perasaannya bercampur-baur sebaik sahaja disahkan mengandung ketika sibuk menjalani latihan di Eropah menjelang Sukan SEA beberapa bulan lalu.

Apapun, nasihat dan pandangan dari doktor dan keluarga diambil kira sebelum meneruskan cita-cita menyertai acara dalam Sukan Sea. Apatah lagi, suami, Alessandro Zulkarnain Ciaramaglia setia menemaninya.

(b) Nur Suryani Mohamed Taibi, Atlet Menembak Malaysia

Selain Quzandria, atlet menembak Malaysia Nur Suryani Mohamed Taibi turut menarik perhatian apabila terpilih menyertai sukan Olimpik ketika sedang hamil lapan bulan. Malah kisahnya turut disiarkan dalam New York Daily News yang menulis tentang “penyertaan wanita paling sarat mengandung dalam sejarah sukan ternama ini.”

Sebenarnya, Nur Suryani hampir terlepas peluang untuk menyertai Olimpik London kerana pakar sukan Malaysia bimbang keadaannya yang sarat mengandung tidak mengizinkan atlet ini bertanding dengan selesa.

Nur Suryani menduduki ranking ke-47 di dunia dan doktor membenarkannya membuat perjalanan ke luar negara. Ketika acara berlangsung, kandungan Nur Suryani telah mencecah 34 minggu. Walaupun sarat mengandung, keazaman untuk memenangi pingat dalam acara menembak pada sukan Olimpik London amat dihargai.

(c) Serena Williams, Jaguh Tenis

Kisah kehamilan Serena mula diperkatakan ketika pemain tennis yang telah menjuarai gelaran Grand Slam 35 kali memuat naik foto dengan kapsyen ’20 minggu’ di laman sosial miliknya.

Posting

Serena mendapat maklum balas yang positif dari para peminatnya. Malah, ketika menjuarai Grand Slam Australia di Melbourne akhir Januari 2017, Serena dikhabarkan sedang hamil 8 minggu.

(d) Alysia Montano, Atlet Olahraga Amerika Syarikat

Bagi juara kebangsaan Amerika Syarikat sebanyak lima kali, Alysia Montano, berlari ketika hamil bukan satu perkara pelik bagi dirinya dan dia mampu menamatkan larian acara 800m dengan catatan dua minit ketika usia kandungannya 34 minggu.

Biarpun atlet Olimpik itu sekadar menamatkan saingan di kedudukan terakhir ketika di Stadium Hornet di Sacramento, California, dia tetap gembira apabila dapat menamatkan larian.

Alysia yang menerima tepukan gemuruh daripada penonton selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan 2 minit, 32.13 saat berkata, “Saya berlari sepanjang tempoh kehamilan dan saya tetap berasa selesa.

Dia menamatkan saingan 35 saat lebih perlahan daripada catatan peribadi terbaik iaitu 1:57.34s yang dilakukannya ketika beraksi di Monaco pada 2010. Walaubagaimanapun, catatannya itu masih tidak mampu dilakukan oleh ramai atlet lain.

Dikenali sebagai ‘gadis bunga’ kerana identitinya yang agak unik, Alysia pasti menyelitkan setidak-tidaknya sekuntum bunga di rambutnya setiap kali berlari. Pakar mengatakan adalah selamat wanita untuk terus kekal cergas seperti Alysia yang bersenam ketika hamil walaupun pada kadar lebih rendah daripada sebelumnya.

Langkah larian Alysia dalam perlumbaan ketika hamil pastinya lebih santai berbanding ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik 2012 di London. Dia menamatkan larian di tempat kelima dengan catatan di bawah dua minit.

(e) Amber Miller, Atlet Marathon

Selain sukan Olimpik. Amber Miller, 27, turut mencipta sensasi apabila dia menyertai Chicago Marathon tahun lepas ketika hamil 39 minggu dan melahirkan bayi perempuan hanya beberapa jam selepas acara itu.

(f) Ni Made Dwiyanti, Atlet Silat Indonesia

Ketika menyertai Pekan Olahraga Nasional (PON) 2016, Pesilat Putri Bali, Ni Made Dwiyanti sedang hamil 6 minggu. Namun rezeki memihak kepadanya apabila memenangi pingat emas acara silat di kejohanan tersebut.

Walaupun pada awal usia kandungan, pesilat wanita ini berjaya menunjukkan aksi menarik dan membuktikan mengandung bukanlah halangan untuk Berjaya dalam dunia sukan! Rosmah Idayu Abu Samah

Share
Published by
Norzalina