Lembaran kehidupan figura jelita, Azrinaz Mazhar Hakim kini menikmati detik bahagia apabila baharu mengumumkan bahawa dirinya sudah pun berbadan dua. Azrinaz telah melangsungkan perkahwinan kedua bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018 lalu.
Azrinaz menyatakan berhasrat untuk menambah zuriat jika diizinkan oleh Allah SWT pada pertemuan yang terdahulu. “Memandangkan usia saya menghampiri angka 40 tahun maka saya berharap dan berdoa dikurniakan zuriat.
Pastinya suami juga mengharapkan hal yang sama memandangkan ini merupakan perkahwinannya kali pertama. Dapatlah saya menghabiskan masa membesarkan anak-anak. Selebihnya we just follow the flow. Syukur alhamdulillah suami seorang yang sangat memahami dan mengutamakan keluarga.
Suami juga suka duduk berbincang bersama saya. Walaupun saya seorang yang dominan tetapi saya sentiasa ingat di mana kedudukan saya sebagai isteri. Saya tetap menghormatinya sebagai suami,” tutur Azrinaz sambil tersenyum manis.
Ads
Melalui laman media sosialnya, Azrinaz telah berkongsi dan gembira apabila hasratnya di tunaikan oleh Allah SWT. “Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham.
Di kesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian semua yang amat saya kasihi. Allah SWT memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat, buat kali ke-3.
Ads
Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu
Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi.
Ads
With great pleasure, I would like to share the news which we have not shared publicly before. Alhamdulilah, I have passed the 2nd trimester of my pregnancy. Thank you to our parents, friends, and everyone who has always be close to my heart for God gives me the chance to have another baby; for the 3rd time in my life
With His willings, this baby conceived without the help of any modern technology. But I must admit that being pregnant at this ‘not-so-young’ age is not easy as I was, 11 years ago.
My hope that you will always pray for the health of my 6-month-old baby and me and insyallah the baby will be born healthy and normal without any complications. So, ladies and gentlemen, I’m pregnant!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan suami dan isteri pasti mengharapkan kehadiran zuriat sebagai penyeri hidup dan penyambung kasih sayang. Tidak kira sama ada perkahwinan pertama, kedua atau seterusnya setiap pasangan sentiasa berdoa agar dikurniakan cahaya mata.
Walaupun Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu namun tetap mengharapkan agar dikurniakan zuriat hasil perkahwinan dengan Dato’ Saiful Nizam.
Anak sulung kepada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini telah berkongsi di laman media sosialnya tentang amalan doa Nabi Zakaria AS sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat.
Kongsinya, “Hubby sent this. Inshaa Allah Sayang. Takda baby lagi pun semua rezeki Allah. I ada ‘baby besau’ nak kena bela, nak kena faham perangai dia yang perlukan perhatian lebih dari real baby.
Datuk Nurul Zahid bersama anak sulungnya.
Kita pun dah ada anak masing-masing yang harus diberi perhatian dan kasih sayang. Tanggung jawab kita sama-sama besar untuk keluarga besar kita. Allah Maha Mengetahui. Kalau Allah SWT nak bagi rezeki, kembar 10 pun Dia boleh kurniakan. I nak jaga Sayang, Kak Zana, anak-anak kita sama-sama. Kalau ada umur, nak tengok cucu-cucu.
Untuk yang tak punya zuriat lagi, jodoh atau apa sahaja rezeki yang kita harapkan, Allah SWT tahu apa keperluan kita bukan apa yang kita perlukan. Be happy! “Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir”. Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami, dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung,” kongsinya.
Komen Datuk Nurul Zahid ketika diajukan persoalan tentang bermadu, “Bagi saya dalam sesebuah perkahwinan itu kejujuran amat penting. Saya sendiri sebelum ini amat pantang dengan lelaki yang beristeri dua.
Namun setelah melaluinya saya faham mengakui bahawa perkahwinan akan menjadi berkat sekiranya si suami jujur.
Seperti saya, kakak sendiri yang datang merisik saya dan menyarungkan cincin di jari. Kerana sewaktu suami melamar saya, syarat yang saya kenakan adalah kakak perlu tahu perkara ini.
Alhamdulillah penerimaan yang ditunjukkan oleh kakak menjadikan saya seorang insan yang bersyukur. Berbalik soal madu yang bergaduh dan bermasam muka seperti yang banyak terjadi kini,” tutur Datuk Nurul Zahid yang bermadu dengan Datin Bahazanariah.
Datuk Nurul Zahid bersama ibunya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kredibiliti dan suara wanita Islam sekali lagi diiktiraf di mata dunia! Kali ini, Ilhan Omar iaitu ibu kepada tiga orang anak yang dahulunya merupakan seorang pelarian kini dilantik menjadi anggota kongres Amerika Syarikat yang mewakili parti demokrat. Sekaligus, muncul sebagai parti pembangkang kepada kerajaan republikan yang diketuai Presiden Donald Trump.
Ilhan mencipta sejarah dalam persidangan kongres ke-116 pada November tahun lalu apabila dia menjadi wanita pertama Islam menyandang jawatan sebagai anggota kongres selepas menerima undi tertinggi menentang calon republikan dalam pemilihan daerah Minnesota pada Ogos tahun lepas. Turut melakar kejayaan sama ialah Rashida Tlaib yang juga wanita Islam pertama mendapat tempat dalam kongres negara kuasa besar tersebut.
Bersama suami & anak-anak
Yang pasti, kisah kejayaan Ilhan tidak datang bergolek kerana realitinya… lebih dua dekad lalu dia dan keluarganya ditempatkan di kem pelarian di Kenya sebelum dibawa masuk sebagai pelarian di Amerika Syarikat. Waktu itu, Ilhan baru berusia 14 tahun dan berketurunan Somalia.
Menurut bapa Ilhan, “23 tahun lalu kami sekeluarga tiba di lapangan terbang Washington sebagai pelarian di negara ini selepas berjaya meninggalkan sebuah kem pelarian di Kenya. Kami percaya dan berpegang kepada keterbukaan Amerika bahawa prosperity for all and hope for a better tomorrow.
Bagaikan dalam mimpi, kini selepas 23 tahun saya kembali di lapangan terbang yang sama… bersama anak perempuan saya, Ilhan sebelum dia mengangkat sumpah sebagai wanita Islam Somali-American pertama dalam Kongres Amerika Syarikat. Pasti anda dapat membayangkan betapa bangganya saya atas kejayaan Ilhan.
Ia merupakan satu penghormatan buat kami kerana akhirnya Ilhan menjadi salah seorang ‘suara’ demokrasi. Walaupun datuk Ilhan tidak dapat menyaksikan momen bermakna ini tapi kami membawa semangatnya dan Ilhan akan mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran milik datuk beliau.”
Ilhan yang dilahirkan pada 4 Oktober 1981 kini meniti usia 38 tahun hidup bahagia bersama suami tercinta, Ahmed Hirsi yang merupakan seorang aktivis. Hidup Ilhan juga diberkati dengan tiga orang cahaya mata iaitu Isra Hirsi, Adnan dan Ilwad.
Baru-baru ini Ilhan mendapat liputan meluas media Amerika dan sekutunya selepas wanita berani ini dengan lantang menyuarakan pandangannya tentang insiden September 11 dan ditentang hebat Presiden Donald Trump. Akibat ‘tidak sebulu’ dengan pemimpin tersebut, Ilhan menerima pelbagai ugutan bunuh daripada penyokong Trump.
Selain mengangkat suara dan membela nasib golongan yang ditindas, Ilhan turut menyatakan pendirian tegasnya yang tidak menyokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Kredit: Instagram Ilhan Omar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah acapkali Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri membacakan khutbah nikah sebelum menjalankan majlis akad nikah pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Mungkin sudah beribu kali beliau membacakan khutbah nikah dan menyampaikan pesanan rumahtangga buat pasangan pengantin baharu.
Namun kali ini, suasananya agak berbeza. Melalui perkongsian di laman Instagram beliau, hari ini menyaksikan beliau dalam keadaan sayu dan menitiskan airmata sebelum membaca khutbah nikah untuk seseorang yang istimewa dalam hidupnya. Mana tidaknya, khutbah nikah kali ini begitu beremosi untuk beliau apatah lagi dalam suasana seorang ayah melepaskan tanggungjawab sebagai bapa untuk seorang anak lelaki yang bakal menjadi pemimpin keluarga.
Menurut perkongsian di laman Instagram, majlis akad nikah Mohammad Hasanain dan pilihan hatinya, Nurul Azzlina Nabilah Abdul Aziz telah selamat dilangsungkan pada hari ini.
“Khutbah nikah, tulus ikhlas daripada hati abah..Moga Hasanain dan isteri, berbahagia hingga ke syurga,” tulisnya di caption Instagram.
“Biasanya khutbah nikah, saya lancar. Tapi hari ini anak saya nikah, saya tak mampu…”Itu kata-kata yang diluahkan bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada hari pernikahan anaknya.
Beliau yang juga merupakan pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini turut meniitipkan pesanan berupa tip buat anaknya yang bakal menjadi ketua keluarga kelak. Pesanan dari seorang ayah ini boleh juga diambil sebagai panduan untuk pasangan suami isteri yang baharu mahupun telah lama mendirikan berumahtangga.
Anakku, setiap pasangan yang berkahwin bertekad untuk mendapat kebahagiaan. Tetapi hakikat tidak ramai yang dapat mengecapinya.
Ramai yang ingin menawan hati pasangan tetapi lupa yang hati itu hakikatnya milik Pemilik Segala Hati dan Cinta iaitu Allah SWT.”
Sepanjang pengamatan abah, ada beberapa ramuan penting untuk pedoman anakanda.
1. Kejujuran dalam melayari bahtera kehidupan.
2. Setiap pasangan bertangunggjawab dengan peranan masing-masing.
3. Zahirkan pengorbanan.
5. Sentiasa mengutamakan solat berjemaah dan solat malam.
6. Mengambil iktibar daripada pasangan lain. Yang baik dijadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.
7. Perbanyakkan doa.
“Dalam bahagia ada ujian. Itulah sunatullah yang mematangkan dan menguatkan ikatan kasih. Selamat melayari alam rumahtangga.” Tahniah buat Datuk Dr Mohamad Zulkifli al-Bakri dan isteri, Datin Dr. Shereen Binti Mohd Yunos serta pasangan pengantin baharu, Mohammad Hasanain dan Nurul Azzlina Nabilah.
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.