Perkahwinan mogul perniagaan syarikat penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes sekitar Oktober 2017 dahulu telah mencipta fenomena apabila dalam diam telah melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, wanita yang berasal dari Korea.
Tidak banyak yang melaporkan tentang berita perkahwinan Tan Sri Tony Fernandes kerana beliau mengambil sikap mendiamkan diri dan hanya mengaku telah melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang hanya dikenali sebagai Chloe sahaja.
Ketika ditanya oleh wartawan sama ada beliau melutut ketika melamar isterinya, jawab pemilik syarikat penerbangan tambang rendah ini, “Tidak, kerana saya terlalu tua. Malah lutut saya juga sakit,” kata Tan Sri Tony Fernandes.
Menurut Tan Sri Tony Fernandes, beliau melamar isterinya di tempat pertemuan mereka. “Hakikatnya saya melamarnya di tempat saya bertemu dengannya. Dia tidak menyedarinya – bukan diri saya yang sebenar dan ia kelihatan agak tenang,” katanya.
Mengikuti perkembangan Tan Sri Tony Fernandes yang mempunyai 256 ribu pengikut di laman Instagram ini, kelihatan benar-benar bahagia di samping isterinya. Cuba lihat foto-foto yang telah dikongsikan oleh Tan Sri Tony Fernandes di laman Instagram.
Sumber: MStar
Sumber foto: Instagram @tonyfernandes
This website uses cookies.