Tahniah, Eyka Farhana yang selamat bergelar tunang Akhyar Rashid pada 4 Ogos lepas! Meskipun ramai menghidu hubungan istimewa yang terjalin di antara selebriti cantik dan pemain bola sepak kebangsaan berkenaan namun tiada pengumuman rasmi dibuat kedua-dua pihak.
Bagaimana pun awal November lalu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi yang kini berusia 29 tahun memuat naik gambar majlis pertunangan mereka di media sosial.
Difahamkan Eyka dan Akhyar sudah menjalin hubungan cinta sejak hampir lima tahun lepas.
Tiada perkongsian terperinci mengenai tarikh pernikahan mereka. Sebaliknya Eyka hanya memuat naik kapsyen “MasyaAllah TabarakAllah, salam tunangku.”
Menerusi foto yang dimuat naik, pasangan ini tampil bahagia dalam busana sedondon rona coklat. Terdapat sebiji kek yang ditulis tarikh 4 Ogos 2024 dan cincin berjenama Tiffany & Co sebagai simbolik hari pertunangan mereka.
Majlis pertunangan Eyka dan Akhyar diadakan secara tertutup dan sederhana yang dihadiri ahli keluarga terdekat.
Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar mula dihidu sejak 2020 selepas mereka beberapa kali dilihat keluar ‘dating’ dan bercuti bersama.
Terdahulu, tunang Akhyar Rashid ini juga sebelum ini pernah menafikan sedang membuat persiapan untuk menamatkan zaman solo.
Artikel https://www.nona.my/ceburi-industri-seni-sejak-remaja-eyka-farhana-cecah-usia-29-tahun-makin-jelita/
Antara lakonan Eyka yang mendapat tempat di hati penonton termasuklah drama Juvana, Budak Tebing, Dukun Diva dan Melur Untuk Firdaus.
Meskipun ramai kehadiran pendatang baru dalam industri namun nama Eyka Farhana tetap menjadi buruan syarikat produksi hingga kini.
Eyka Farhana menginjak usia 29 tahun pada 3 Februari lalu. Sementara Akhyar Rashid pula berusia 25 tahun pada 1 Mei lepas.
Semoga pertunangan Eyka dan Akhyar berkekalan hingga ke jenjang pelamin serta dipermudah segala urusan.
This website uses cookies.