Bergelar Pakar Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Usahawan, figura Datuk Wira Dr. Azizan Osman sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sepanjang 13 tahun di bawah naungan Richworks International Sdn Bhd, individu hebat ini berjaya melahirkan ratusan ribu usahawan yang berjaya mulakan dan bina bisnes dalam pelbagai industri. Datuk Wira Dr. Azizan juga berjaya menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan virtual online.
Hampir Maut Dek Covid-19, Datuk Wira Dr Azizan Osman Anggap Allah Beri “Peluang Kedua” Bantu Lebih 1 Juta UsahawanUmum mengetahui, RichWorks International Sdn Bhd merupakan syarikat latihan dan bimbingan Usahawan Jutawan terbesar dan paling berjaya di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan, penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan. Sejak ditubuhkan 13 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Melihat pelbagai sisi kejayaan yang dikecapi oleh figura hebat ini, namun bukan mudah untuk Datuk Wira Dr. Azizan Osman berada di tahapnya sekarang. Pelbagai cabaran serta liku-liku perjalanan telah dilaluinya bagi memastikan jenama RichWorks kekal relevan dan utuh dalam melahirkan usahawan jutawan dengan membina bisnes berjaya.
Beliau sememangnya terkenal dengan keupayaan yang unik dalam membimbing anak didiknya sehingga mendapat results dalam perkembangan diri atau perniagaan yang diusahakan. Malah ratusan ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah membuktikan kejayaan dalam perniagaan yang mereka jalankan menerusi strategi dan metodologi kejayaan yang telah terbukti berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan dari angka sifar hingga mencecah jutaan ringgit.

IKLAN

Hampir Maut Dek Covid-19, Datuk Wira Dr Azizan Osman Anggap Allah Beri “Peluang Kedua” Bantu Lebih 1 Juta UsahawanNONA berkesempatan mencuri waktu Master Coach, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang sibuk dengan pelbagai seminar dan acara untuk berkongsi di sebalik kejayaan insan yang diberi penganugerahan istimewa NONA MAN BUSINESS MENTOR AWARD oleh Majalah NONA sempena edisi istimewa majalah NONA SUPERHERO.Beliau juga merupakan penerima NONA Men’s Business Mentor Award di majlis NONA Superhero Award yang berlangsung baru-baru ini.

Menyelami keperibadian beliau yang mencecah usia 47 tahun, penulis terkesima apabila beliau menggambarkan dirinya sebagai seorang yang bersifat introvert memandangkan kerjaya beliau memperlihatkan komunikasi dengan individu lain.

Hampir Maut Dek Covid-19, Datuk Wira Dr Azizan Osman Anggap Allah Beri “Peluang Kedua” Bantu Lebih 1 Juta Usahawan

“Saya tidak selesa berada di khalayak ramai. Malah saya pernah struggle selama beberapa tahun dan tidak berasa selesa berada di khalayak ramai. Jika ada orang kenal atau tegur, saya rasa akward. Saya tidak sombong, tetapi saya rasa tidak selesa,” ujar Datuk Wira tatkala memulakan perbualan mengenai sisi beliau yang tidak diketahui umum.

Memahami kehendak dan keperluan tugasannya memerlukan dirinya berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat, Datuk Wira Dr. Azizan Osman tidak segan silu mendapatkan rawatan secara professional untuk memahami keperibadian dirinya.

“Saya belajar menerima kelebihan yang Allah SWT berikan kepada saya untuk sama-sama membantu individu lain. Sejak itu, saya terima dan enjoy berhadapan dengan orang lain. Ia merupakan tanggungjawab yang besar,” ujarnya lagi.

Hampir Maut Dek Covid-19, Datuk Wira Dr Azizan Osman Anggap Allah Beri “Peluang Kedua” Bantu Lebih 1 Juta Usahawan
Melihat usahawan bimbingannya ramai di kalangan wanita, Datuk Wira Dr. Azizan Osman amat memandang tinggi keupayaan kaum wanita dalam perniagaan memandangkan wanita mempunyai keupayaan yang luar biasa.

“Saya melihat ramai wanita struggle secara emosi dan mental. Kadang-kadang mereka didera secara mental oleh suasana sekeliling. Wujud perasaan seperti tidak yakin, dipandang rendah dan sebagainya. Tetapi pada pandangan saya, semua orang mempunyai hak untuk mencapai impian. Saya yakin wanita mempunyai kekuatan yang luar biasa berbanding kaum lelaki,” ujar Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang menyanjung tinggi kemampuan wanita.

Hampir Maut Dek Covid-19, Datuk Wira Dr Azizan Osman Anggap Allah Beri “Peluang Kedua” Bantu Lebih 1 Juta UsahawanDatuk Wira Dr. Azizan Osman pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun 2019 yang lalu.

Hampir Maut Dek Covid-19, Datuk Wira Dr Azizan Osman Anggap Allah Beri “Peluang Kedua” Bantu Lebih 1 Juta Usahawan

Beliau merupakan anak Melayu tempatan pertama yang mendapat anugerah global Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena Persidangan Industri Pemasaran dan Pengiklanan Dunia, MADcon: Global Marketing Conference (MADcon Dubai 2019).

IKLAN

Penganugerahan berprestij yang diadakan di Dubai turut menyaksikan syarikat yang diasaskan Datuk Wira Dr Azizan menerima anugerah Top 100 Marketing and Advertising Companies. Penganugerahan tersebut disifatkan antara kepujian tertinggi bagi industri pemasaran global, yang mana ia dinilai secara professional oleh barisan juri antarabangsa dan Lembaga Penasihat MADcon yang terdiri daripada pakar industri terulung.

Dengan rekod prestasi yang terbukti berkesan, strategi perniagaan dan program mentoring yang efektif, Datuk Wira Dr. Azizan dan RichWorks telah membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 sehingga 24 bulan.

Visi RichWorks adalah sebagai ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate and Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Hampir Maut Dek Covid-19, Datuk Wira Dr Azizan Osman Anggap Allah Beri “Peluang Kedua” Bantu Lebih 1 Juta Usahawan

Umum mengetahui beliau pernah dijangkiti Covid-19 pada awal Januari 2021 di mana ia turut melibatkan 31 ahli keluarganya. Berhadapan dengan situasi getir ketika itu, beliau menceritakan pengalaman beliau yang hampir menemui ajal akibat dijangkiti COVID-19.

IKLAN

Menceritakan detik beliau bertarung nyawa apabila terpaksa dibantu mesin pernafasan semasa dirawat, beliau menyifatkan situasi itu bagaikan diberi peluang kedua untuk terus hidup.

Hampir Maut Dek Covid-19, Datuk Wira Dr Azizan Osman Anggap Allah Beri “Peluang Kedua” Bantu Lebih 1 Juta Usahawan
“COVID hampir meragut nyawa saya! 1.44pm, Jumaat 15 Jan – Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Saya dan keluarga diuji dengan virus COVID-19,” katanya menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal… tak boleh bernafas, tak boleh tarik, tak boleh hembus, hanya gunakan mesin (mesin pernafasan) untuk terus survive (hidup) dan fight (berjuang) dengan otak, emosi dan diri,” katanya.

Walaupun sudah setahun berlalu, pengalaman sedih yang tidak dapat dilupakan apabila ibu mentuanya turut menjadi korban akibat virus tersebut.

Hampir Maut Dek Covid-19, Datuk Wira Dr Azizan Osman Anggap Allah Beri “Peluang Kedua” Bantu Lebih 1 Juta Usahawan

“Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu. Tetapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang mentor, saya nak anda tahu proses ini,” katanya dalam entri tersebut, di lama sosial miliknya.

Pengasas syarikat RichWorks International itu berkata, beliau hampir menitiskan air mata ketika berkongsi perkara ini, namun sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan membuatkannya lebih tabah. Azizan berkata, berkat doa dan kata-kata semangat dari anggota keluarga, rakan-rakan dan pekerja serta anak-anak didiknya, beliau kembali beransur pulih. Katanya, pandemik itu memberikan kesan kritikal kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam negara, terutama terhadap mereka yang tidak berkemampuan.

Hampir Maut Dek Covid-19, Datuk Wira Dr Azizan Osman Anggap Allah Beri “Peluang Kedua” Bantu Lebih 1 Juta Usahawan“Ia antara sebab mengapa tahun ini, 2022 saya berazam membantu lebih dari 1 juta usahawan dalam kelas-kelas percuma yang dianjurkan oleh Richworks International,” ujar Datuk Wira Dr Azizan Osman seraya mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI