Pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata yang menjadi pelengkap mahligai cinta yang dibina bersama suami tercinta. Tidak terkecuali pasangan merpati dua sejoli To’ Puan Syamim Mohd Farid dan suami Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj.
Bahtera perkahwinan yang dibina sejak sembilan tahun lalu, adakalanya diasak dengan persoalan bila mahu menimang cahaya mata, namun tak mudah melatah bekas Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 itu lebih senang untuk mengambil sisi positif sekiranya masih ada yang bertanya mengenai rezeki cahaya mata.
Terdahulu, pelakon dan pengacara jelita itu pernah berkongsi mengenai perkara sama selepas ditanya mengenai hal anak menerusi ‘Ask Me Question’ di Insta Stories miliknya.
“Hi Toh’ Puan Syamim, macam mana you handle bila orang tanya pasal anak ye? I wish can be like you,” tulis seseorang di laman Instagram.
“I always answer like this, ‘Insya-Allah bila Allah nak bagi. Doakan ya.’ Just ask them to doakan for you because we never know dalam 10 orang yang bertanya, maybe 1 orang tu doanya diangkat. Stay positive and husnudzon,” jawab Syamim.
Terserlah kematangan dan kredibiliti jelitawan To’ Puan Syamim yang sering mendapat julukan wanita anggun dan ramah tika berbicara menyusun kata.
Lebih menarik lagi, menerusi perkongsian sama To’ Puan Syamim turut berkongsikan satu doa harian yang sering diamalkan olehnya ketika seorang pengguna Instagram lainnya bertanyakan perihal amalan seharian yang tidak pernah ditinggalkan oleh wanita berusia 33 tahun itu.
Sekadar recap, To’ Puan Syamim mendirikan rumah tangga bersama Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj pada tanggal 19 Mac 2016.
Pada 29 Ogos 2023, suaminya Tengku Ezrique Ezzudean dikurniakan gelaran kebesaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang Besar Istana Diraja Selangor, sekali gus melayakkan beliau menyandang gelaran Yang Berbahagia To’ Puan Syamim Mohd Farid.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber Foto: Instagram Syamim Freida & Media Hiburan.
This website uses cookies.