Bapa sentiasa menjadi ‘cinta pertama’ bagi setiap anak perempuan. Begitu juga selebriti cantik Nur Fazura Sharifuddin yang selalu terkenang memori dan kasih sayang bapa tersayang sejak kecil.
Walau sosok seorang bapa tidak lagi berada di depannya, namun kenangan bersama arwah bapa masih menebal di ingatan dan sanubari Fazura.
Bersempena ulang tahun hari kelahiran arwah bapa baru-baru ini, usahawan berjaya berkenaan memuat naik foto dirinya ketika kecil di samping bapa di Instagram.
Daripada gambar tersebut jelas kelihatan wajah tampan bapa kepada pelakon Hero Seorang Cinderella itu.
“Bismillahirahmanirrahim. You would have been 67 years young today Papa. Not a day goes by without your love and my love for you in my heart.
Happy birthday my first love, always and forever.”
Tambah Faz lagi, “Mohon kurniakan doa, semoga Allahyarham Papa Faz, Sharifuddin bin Adnan sentiasa berada di dalam kemuliaan dan keredaan Allah SWT. Mudah-mudahan.. Aamiin.”
Arwah bapa Fazura dilaporkan meninggal dunia ketika personaliti ini berusia 17 tahun. Dia merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan anak ketiga daripada empat beradik.
Kini ibu tersayang menjadi tempat untuk Fazura bermanja dan berkongsi kasih. Pengorbanan ibu Faz yang kini berusia 63 tahun tetap menjadi keutamaan anak seni ini dan dia menjadikan jiwa kental ibunya sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/cekal-besarkan-anak-lepas-suami-pergi-kekuatan-ibu-fazura-jadi-inspirasi-anggun-usia-60an/
This website uses cookies.