Cantik manis Hani Karmila! Ibarat pepatah Melayu, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’, minat dan ‘darah’ anak seni nyata mengalir deras dalam diri wanita ini. Mana tidaknya, ibu tersayang iaitu Puan Sri Tiara Jacquelina merupakan pelakon handalan tanah air.
Begitu juga arwah bapa Mila, Allahyarham Hani Mohsin yang turut terkenal sebagai aktor era 90an.
Bakat Mila dalam dunia lakonan berjaya dibuktikan menerusi wataknya dalam teater Melur the Musical yang berlangsung pada Februari lepas. Malah sebagai ibu, Puan Sri Tiara berbangga atas pencapaian anak tersayang.
Menerusi Instagram Puan Sri Tiara, penerbit filem Ola Bola ini meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak yang bukan hanya mempunyai rupa paras cantik. Bahkan berbakat besar dalam pelbagai bidang.
Malah, anak gadis kesayangan baru menyambut ulang tahun kelahiran baru-baru ini. Kongsinya, “Happy (belated) birthday to the most special girl in the world, the sun that never fades and the moon that never wanes.
My beloved daughter Mila, the multi hyphenate artist – performing artist, graphic design artist, makeup artist and celebrated martial artist.
Watching you grow over the years has been such an inspiration to me, as I see how you are the perfect picture of beauty, inner strength, tenacity and just so much incredible talent.
Someday when the pages of my life end, I know that you will be one of the most beautiful chapters. In the meantime, I shall enjoy watching you shine and enjoy the most beautiful years of your life. This is your time to shine, I love you with all my heart.”
View this post on Instagram
Meniti usia 27 tahun, wajah cantik Mila turut pernah menghiasi iklan komersial Malaysia Airlines.
Tidak cukup itu, dia juga melakar sejarah membanggakan apabila menjuarai sukan Jiu Jitsu di Singapura pada tahun lalu. Difahamkan Mila mula aktif menyertai seni bela diri Jepun berkenaan kira-kira tujuh tahun lepas.
Setiap kali melihat wajah Mila, peminat seni tanah air pasti terkenang raut wajah manis Allahyarham Hani Mohsin. Bahkan ramai mengatakan dia mewarisi senyuman pelakon Jimi Asmara berkenaan.
Hani Mohsin meninggal dunia pada 25 Julai 2006. Hasil perkongsian hidup, Hani dan Puan Sri Tiara dikurniakan Hani Karmila. Selepas berpisah dengan pelakon tersebut, Puan Sri Tiara Jacquelina berkahwin dengan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/3-generasi-cantik-comel-cecah-usia-60an-kejelitaan-aznah-hamid-seakan-tidak-pudar/