Hanis Zalikha memang punya aura tersendiri. Popularitinya sebagai usahawan dan isteri kepada pelakon Hairul Azreen membuatkan ramai yang mengikuti perkembangannya setiap hari. Pendek kata, apa saja yang dikongsikan Hanis pasti akan trending dan mendapat perhatian meluas!
Selain gemar berkongsi rutin harian dan produk niaga keluarannya, Hanis yang merupakan pengasas Cakenis dan Love Masak ini memuat naik video masakan di Instagram. Seperti kebiasaan, ia mendapat lebih 40 ribu reaksi daripada lebih 6 juta followers
nya.Lebih menarik, video pendek berkaitan resipi mudah tempe goreng berkenaan meraih hampir sejuta tontonan!
Video resipi Tempe Goreng Hanis Zalikha
“Buat peminat masak simple-simple seperti Chef Keknis, terimalah tempe nougat. Bolehlah masak untuk dinner kejap lagi.”
Dalam video itu, Hanis terpaksa akur apabila pembantunya memotong tempe seperti nougat. “Kita letak smoked paprika, white pepper, garam dan paling penting rempah kari ikan.
Untuk rangup mesti letak tepung jagung sedikit lepas tu kita gaul sebati dan letak secret weapon
iaitu air sejuk.Dengan itu ia akan jadi macam menyaluti tempe. Goreng sampai warna keemasan, tengok rangup macam mana, rasa sedikit, siap!”
Pernah menjadi blogger, minat Hanis Zalikha dalam masakan bukan lagi asing dalam kalangan peminat. Bahkan dia juga ada berkongsi beberapa video masakan sebelum ini.
5 Jun lalu Hanis dan Hairul menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Pasangan selebriti ini sentiasa menjadi perhatian peminat seni tanah air terutamanya ketika melancong ke luar negara kerana sering mengunjungi destinasi percutian yang eksklusif dan mewah. Antaranya di Maldives yang dilaporkan mencecah puluhan ribu ringgit.
Figura cantik ini juga secara rasmi diumumkan sebagai duta jenama Innersejuk pada tahun 2022 dan bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 juta!
Artikel berkaitan https://www.nona.my/genap-usia-28-tahun-cantik-berbakat-peminat-ternanti-nanti-video-masakan-datin-eina-azman/
This website uses cookies.