Sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon cantik, Tasha Shilla yang selamat bergelar isteri hari ini. Memilih pagi Jumaat, 28 Februari 2020 sebagai tarikh bermakna untuk mendirikan rumah tangga… aktres berbakat ini akhirnya sah menjadi isteri selepas hanya mengikat tali pertunangan selama lima hari. Alhamdulillah, benda baik tidak perlu tangguh lama!
Difahamkan Tasha selamat bergelar isteri kepada ahli kewangan bernama Muhammad Atiq Idris berusia 33 tahun dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Anggun mengenakan persalinan nikah berwarna putih sedondon dengan suami tercinta, pasangan ini dikatakan hanya sempat berkenalan selama dua bulan sejak Disember lalu.
Ads
Tertarik dengan keperibadian masing-masing dan keserasian di antara mereka, Tasha dan Atiq sepakat mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas. Berita pertunangan Tasha nyata mengejutkan ramai pihak memandangkan tiada desas-desus mengenai kisah percintaan mereka berdua bertebaran di Internet.
Biarpun melalui proses perkenalan yang singkat namun perhubungan Tasha dan suami mendapat sokongan baik daripada kedua-dua belah keluarga.
Menurut Tasha, dia memilih untuk tidak menghebahkan niat menamatkan zaman bujang kepada pengetahuan umum kerana baginya isu tersebut cukup peribadi dan memadai jika ia hanya dikongsi bersama keluarga serta sahabat karib.
Ads
Pada upacara ijab kabul yang berlangsung pagi tadi, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Adik Tasha,
Muhd Rizdwan Abdul Razak diwakilkan sebagai wali dan pasangan telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Wilayah, Ustaz Ihsan.
Kedua-dua mempelai dilihat cantik dan segak dalam persalinan serba putih ilham pereka terkenal, Hatta Dolmat pada majlis akad nikah. Sementara pada majlis resepsi pengantin
perempuan pula akan diadakan pada sebelah petang yang menyaksikan pasangan romantis ini bakal menyarung busana tradisional melayu klasik rekaan Zaimi Zulkafli.
Ads
Resepsi kedua pihak pengantin lelaki dijangka akan diadakan pada minggu hadapan. Ditanya perancangan selepas berkahwin, Tasha menjelaskan dia memilih untuk tinggal bersama Atiq di Singapura sebaik selesai majlis persandingan di sana nanti.
Moga ikatan suci yang terjalin di antara Tasha dan Atiq berkekalan hingga ke syurga serta dikurniakan cahaya mata yang comel sebagai penyeri rumah tangga.
Kredit foto: Blackpepper Production
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Unik dan menyeronokkan! Itu pengalaman yang tak dapat dilupakan sebaik menjejakkan kaki ke butik terbaharu dUCk. Berbeza daripada butik fesyen lain, dUCk di Pavilion Kuala Lumpur ini tampil dengan keunikkan dan kreativiti tersendiri yang sarat elemen ‘playhouse’!
Majlis perasmian lokasi terbaharu dUCk di Pavilion Kuala Lumpur berlangsung pada 29 Jun lepas. Sebelum ini dUCk sudah pun membuka butik mereka di pusat beli-belah terkemuka berkenaan. Namun kali ini ia beralih ke lokasi yang lebih luas dan strategik.
Menurut Pengasas bersama The dUCk Group, Vivy Yusof, “Seiring jenama dUCk yang makin berkembang maju, kami sentiasa menawarkan pengalaman beli-belah menyeronokkan kepada para pelanggan.
Selain butik yang dihias indah, kami juga mahu terus memberikan yang terbaik supaya pengguna dapat merasai pengalaman beli-belah di samping menjadikan dUCk modest fashion playground.”
Berkeluasan 1,758 meter persegi, butik ini mengetengahkan konsep playhouse yang penuh keseronokkan ketika membeli produk-produk dUCk. Antaranya selendang, aksesori hijab, pakaian, telekung, kosmetik, beg tangan, perhiasan rumah dan kelengkapan dapur.
Selain itu, butik ini juga dilengkapi dengan dUCk’s scarf library, rak Mighty UnderdUCk, pohon Sakura berwarna ungu simbolik rona rasmi dUCk, bilik persalinan inspirasi ‘phone booth’, ruang ready-to-wear dan sebagainya.
Sepanjang lapan tahun dUCk berada di pasaran, ia berjaya membuka sembilan buah butik iaitu lapan di Malaysia dan satu di Singapura. Malah, mereka juga sudahpun mempunyai team di United Kingdom yang dikhabarkan merancang membuka pop-up store di sana!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon dan usahawan berjaya Wawa Zainal yang juga merupakan isteri kepada pelakon Airel Zafrel. Baru-baru ini, Wawa Zainal berhasrat dan mendedahkan kesanggupan dirinya untuk melakukan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan anak kembar.
Wawa yang kini mempunyai empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan berkata, ia bagi melengkapkan jumlah ahli keluarga besar yang diinginkan.
“Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan. Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak. Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat.”Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa sama, dia juga bersyukur kehidupan rumah tangga yang dibina bersama pelakon, Aeril Zafrel semakin bahagia dan memasuki tahun ke-12 perkahwinan.
“Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’. Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan.
“Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga,” katanya.
Sumber: Harian Metro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada pasangan yang membina rumah tangga ingin mengakhiri hubungan tersebut dengan penceraian. Tidak kiralah orang biasa mahupun selebriti ternama. Namun apa yang terjadi di Hollywood mungkin agak memeranjatkan. Manakan tidak, ada yang hanya berkahwin dalam tempoh yang terlalu singkat.
Jom kita tengok 5 senarai artis yang berkahwin dalam tempoh paling singkat dalam sejarah!
1. Britney Spears dan Jason Alexander: 55 Jam
Princess of pop ini telah berkahwin dengan kawan karibnya, Alexander ketika berparti di Las Vegas pada tahun 2004. Bagaimanapun, perkahwinan ini dibatalkan selepas 55 jam.
2. Cher dan Gregg Allman: 9 Hari
Pada tahun 1975, Cher dan Gregg berkahwin di Vegas. Bagaimanapun, Cher memfailkan penceraian sembilan hari kemudian setelah dia dilaporkan mengetahui isu ketagihan dadah Gregg.
3. Drew Barrymore dan Jeremy Thomas: 39 Hari
Pada tahun 1994, Drew yang berumur 19 tahun berkahwin dengan Thomas yang berumur 32 tahun yang baru dikenalinya selama enam minggu. Drew memfailkan penceraian 39 hari selepas itu.
4. Kim Kardashian dan Kris Humphries: 72 Hari
Perkahwinan Kim dan Kris ini sangat popular dan kos perkahwinan mereka dilaporkan mencecah 10 juta dolar dan disiarkan secara eksklusif di E! “Kim’s Fairytale Wedding” pada tahun 2011.
5. Nicky Hilton dan Todd Andrew Meister: 85 Hari
Adik kepada Paris Hilton ini berkahwin dengan seorang usahawan pada Ogos 2004. Perkahwinan mereka berlangsung di Vegas dan telah dibatalkan pada bulan November tahun yang sama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...