Kehidupan seorang Ratu juga seperti manusia biasa mempunyai sejarah hidup tersendiri. Sanjna Suri yang mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Intercontinental 2017 rupa-rupanya pernah mempunyai berat badan yang tidak terfikir sebagai seorang ratu.
“Dulu berat badan saya tidaklah besar sangat. Segala-galanya bermula apabila saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).
Selama 5 tahun belajar, dalam tahun kedua saya mula stres untuk mendapatkan Ijazah Kelas Pertama. Hanya pelajar yang mendapat kelas pertama saja yang boleh menukar status pinjaman PTPTN kepada biasiswa. Jadi saya bersungguh-sungguh belajar untuk mendapat kelas pertama.
Dalam tempoh tersebut masa saya hanya diisi dengan belajar dan tidur sahaja. Saya tidak mempunyai masa untuk keluar berjalan-jalan jadi saya reward diri dengan makan. Balik rumah dari universiti saya makan dan kalau saya mendapat gred yang baik juga saya akan makan. Pendek kata apa sahaja yang berlaku pada diri saya, hadiahnya adalah makan.
Saya memang suka makan dan ketika itu cuba bayangkan saya boleh makan 4 Domino’s Pizza saiz besar sekali gus. Kalau makan nasi ditambah pula dengan lauk yang agak banyak.
Perut kita boleh membesar kalau selalu makan banyak, kalau you dah mula makan kurang dia akan kecik balik. Jadi masa tu saya makan banyak sangat sehingga mencapai 72kg,” tutur Sanjna Suri yang berketinggian 1.71m ini.
So masa tu saya dah habis belajar dan bekerja. Tanggungjawab saya sebagai anak sudah terlaksana dengan memperoleh Ijazah dengan Kepujian Kelas Pertama serta menjadi Ahli Farmasi. Jadi apabila mempunyai duit gaji sendiri saya mempunyai ruang untuk menjaga diri. I used to spend all my money on groceries.
Setiap pagi sebelum pergi kerja saya akan masak bekal untuk makan tengah hari. Saya masak sendiri dan hanya makan makanan sihat sahaja. Balik kerja saya akan singgah di gym, bersenam selama satu jam. Selama 6 bulan rutin saya begini dan hasilnya saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 20kg dan kini berat saya adalah 48kg.
Bagi saya menurunkan berat badan bukan untuk kurus semata-mata tetapi untuk sihat. Saya dapat rasakan setelah mencapai berat badan begini saya lebih aktif, kulit lagi cantik, tidur lagi lena. Nasihat saya kepada wanita lain jangan jadi macam saya.
Kalau nak reward yourself jangan reward food. Budaya di Malaysia memang suka makan. Pernah tak dengar kalau berjaya atau menang sesuatu, “Bagus, jom I belanja you makan” As lovely as it is it shouldn’t be that way. Sebab kena ingat apa yang masuk dalam mulut sepatutnya nutrisi dan tenaga untuk tubuh. Kalau makan nonsense tubuh akan jadi nonsense. So you kena ingat what you eat now will determine what you are in 10 years later,” kata Sanjna.