Hanya Kerana Bibir, JOY REVFA Sering Kena Tegur Guru Sekolah!

Untung orang perempuan yang dikurniakan kecantikan semula jadi ini. Tak perlu hendak susah-payah jaga kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki atau pakai mekap keterlaluan untuk ‘tutup’ kekurangan. Dengan gaya sederhana pun, kalau dah memang cantik.. tetap manis saja dipandang.

Samalah juga macam Pengasas MERVE Cosmetics, Joy Revfa. Dilahirkan sebagai seorang wanita yang sedia cantik, penampilan Joy nyata telah lama mencuri tumpuan ramai. Bahkan, dia juga pernah melalui situasi berkenaan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Bukan kanak-kanak lelaki yang cuba mendekati Joy. Sebaliknya dia sering diperhatikan golongan guru sekolah.

Berkongsi pengalaman yang dilalui hampir 2 dekad lepas, Joy dilihat cukup terbuka memaparkan sisi zaman remajanya.

“Terjumpa photo-photo darjah 6 (12 tahun) waktu sekolah rendah dulu tahun 1999. Saya lah tu yang bertudung biru, waktu ni selalu cikgu fikir saya datang sekolah pakai lipstick. Padahal memang bibir dah macam tu sebab dulu suka scrub bibir pakai gula pasir dan madu.

Tu yang kekal bibir jadi merah. Last-last

cikgu yang tiru petua saya tu dekat rumah.”

Rupa-rupanya senang je hendak miliki bibir sihat & cantik ni. Guna bahan-bahan segar dan organik .. InshaAllah, menjadi.

Petua Tradisional Agar Bibir Sihat, Merah & Menarik

Bibir mungil dan berwarna merah delima sememangnya menjadi dambaan setiap wanita. Bagi mereka yang alah kepada produk kosmetik atau bahan kimia yang terkandung dalam pembuatan gincu bibir.. ada cara yang lebih selamat digunakan agar bibir kembali menawan. Meskipun tanpa secalit lipstick! 

  1. Sapukan 2 titik madu lebah asli di bahagian bibir pada setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  2. Juga, sapukan getah pokok sena berwarna merah pada bibir yang pecah atau merekah. Jika dilakukan dengan betul, luka di bibir boleh sembuh dalam masa 2 hari.
  3. Sapukan pati susu di bibir setiap hari. Kesannya, bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan.
  4. Bersihkan sepotong halia segar, dikupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosok hampas halia tadi di bibir supaya lebih sihat, menawan dan kemerah-merahan.

Selamat mencuba!

Share
Published by
Suzi