Wow, cemburu tengok bentuk tubuh ideal Jennifer Lopez! Bukan saja langsing, siap ada ‘six-pack’. Kalau baru berusia 30an dan memiliki tubuh macam ini memang tiada apa yang menghairankan pun. Maklumlah, masih muda dan bertenaga. Tapi bila umur sudah mencecah 50 tahun dan dikurniakan tubuh seksi seperti ini… masuk kategori luar biasa dah tu!
24 Julai 2019, genap 50 tahun usia Jennifer Lopez atau terkenal dengan nama julukan JLo. Tidak hanya mempersonakan dari segi bentuk tubuh, stamina selebriti ternama Hollywood ini pun tidak kurang hebatnya. Difahamkan sempena ulang tahun kelahiran dan 20 tahun penglibatannya dalam industri muzik tahun ini… JLo berbesar hati mengadakan konsert jelajah ‘It’s My Party Tour’ sebagai penghargaan kepada para peminat.
Konsert mini yang berlangsung sejak 7 Jun lalu berakhir hari ini, 25 Julai di Miami, Florida. Dalam usia separuh abad… stamina JLo di atas pentas mengalahkan penyanyi muda. Cukup lincah mengikut rentak muzik dan rutin tarian rancak!
Memetik kenyataan JLo kepada Harpers Bazaar, stamina dan susuk tubuh yang dimiliki adalah hasil daripada pemakanan sihat dan rejim kecergasan yang sangat ketat. Malah, ibu kepada dua anak ini akui mengelak daripada pengambilan kafein, alkohol dan snek yang boleh merosakkan tubuhnya. Demi mengekalkan bentuk tubuh menawan, JLo memilih snek sayur-sayuran dan buah-buahan segar jika terasa lapar. Fuh, jiwa kena kental tu!
Ads
https://www.instagram.com/p/B4gRdvmgagF/
Kunci utama kepada kecantikan JLo ialah kekal hydrated. “Minum air yang banyak terutamanya sebelum work out, sebab ia bekalkan tenaga luar biasa ketika bersenam. Saya juga sudah bertahun-tahun tidak mengambil kafein dan berhenti minum alkohol sepenuhnya.”
Ads
Bukan itu saja… JLo juga sangat tegas dengan apa yang dinikmatinya setiap hari dan memastikan ia seimbang, penuh nutrisi serta tidak mengambil makanan siap diproses. Bahkan jika keluar makan ke restoran sekalipun dia memilih hidangan rendah kalori atau hanya hidangan salad.
“By lunchtime, I’m starving,” ujarnya. Apa yang mengejutkan ialah menu tengah hari JLo biasanya mengandungi sumber protein seperti ikan salmon yang sarat dengan pelbagai salad antaranya brokoli, zucchini dan cili benggala. Manakala hidangan makan malam pula ialah protein yang ditambah dengan buah kuini.
Ads
“Saya sentiasa bawa bersama buah-buahan atau sayur sebagai snek di antara waktu makan. Jika masih terasa lapar, saya akan nikmati protein kerana ia mengenyangkan dan bagus untuk pembentukan otot.”
Saat ramai wanita menjadikan makanan sebagai suatu yang membahagiakan… berbeza pula bagi JLo. Baginya senaman mampu memberi keseronokan luar biasa termasuk tarian.
“I’m 100 percent convinced that working out is part of what makes me happy. Dance has always been a huge part of my life and taking the time to move my body and do something that’s so good for me is key to my happiness. And I really believe that when you take care of yourself and work to stay healthy, you’re better able to take care of those you love. So working out is definitely a priority for me.”
Jadi, tak hairanlah macam mana JLo boleh kekal aktif, cantik dan langsing di usia 50 tahun. Janji konsisten amalkan pemakanan sihat, diet seimbang dan rajin bersenam… confirm dapat bentuk tubuh sihat macam penyanyi popular ni!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis reunion sekolah bakal tiba tapi muncul pula jerawat di atas dahi. Jerawat ni macam tahu-tahu sahaja hari dan waktunya. Kalau dibiarkan pasti semakin besar dan menjadi tanduk kat atas dahi tu.
Kalau picit pula nanti meninggalkan parut, jadi apa nak buat ni? Nah, tak perlu bersolek tebal hanya semata-mata mahu menutup jerawat, cuba saja tip mudah ini.
(1) Pilih produk penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit
Sebelum bersolek, wajah perlu dirawat dengan set penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit. Begitu juga dengan pemilihan kosmetik. Anda perlu berhati-hati kerana jika tersalah pilih, jerawat akan makin merebak.
Sebaiknya kenali terlebih dahulu jenis kulit terutamanya yang memiliki kulit wajah berminyak. Kulit berminyak lebih mudah memerangkap kotoran menyebabkan pori-pori kulit tersumbat lantas menjadi punca jerawat.
(2) Oles bedak asas
Kunci kepada solekan sempurna adalah bedak asas. Sapu bedak asas dengan tona warna yang seakan sama dengan kulit. Jika kulit jenis berminyak lebih elok menyapu bedak asas jenis cecair agar sapuan rata dan sempurna. Jika menggunakan berus atau span, pastikan item tersebut bersih dan bebas bakteria.
(3) Kuasa penyamar noda
Jika kulit sedang bermasalah dengan jerawat, concealer atau penyamar noda adalah rakan karib anda. Selepas bedak asas, sapu penyamar noda terutama di daerah yang diingini itu.
Tapi, kadang-kadang penyamar noda ini boleh menyebabkan solekan nampak bercapuk. Oleh itu, jika anda memiliki wajah kering pilih penyamar noda daripada jenis cecair, manakala jenis berasaskan bahan mineral untuk kulit wajah berminyak.
(4) Litupi wajah dengan bedak
Bedak asas dan penyamar noda tidak akan terserlah tanpa menyapu bedak di atasnya. Ketika jerawat sedang bermaharajalela, seelok-eloknya pakai bedak debu agar boleh membantu menyerap minyak di wajah. Jika berdegil mahu menggunakan bedak padat, hasilnya kulit semakin berminyak dan jerawat pasti kelihatan semakin parah.
(5) Elak pemerah pipi
Pemerah pipi berfungsi untuk menonjolkan tulang pipi. Ketika jerawat sedang membiak di atas kulit, pemerah pipi langsung tidak membantu memberikan solekan yang sempurna. Lebih parah lagi jika anda memakai bronzer untuk melengkapkan solekan. Bahannya memiliki partikel cahaya yang boleh menyumbat liang pori-pori wajah.
(6) Solekan sempurna dengan spray mist
Bagi mengekalkan solekan agar tahan lama dan jerawat terpelihara, sembur dengan spray mist selepas selesai bersolek. Semburan ini bukan sahaja membuatkan solekan tahan lebih lama malah dapat menyegarkan kulit wajah dan jerawat yang disembunyikan itu tadi. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah percintaan penyanyi dangdut Cita Citata dengan cucu bekas Presiden Indonesia, Didi Mahardhika pernah tular di media sosial sedikit waktu dahulu apabila pasangan ini dikatakan membatalkan pernikahan mereka pada saat-saat akhir.
Namun akhirnya, Cita Citata mendedahkan dirinya sudah setahun bergelar isteri kepada Didi Mahardhika melalui laman Instagramnya semalam. Dalam posting tersebut, pasangan berkenaan meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 9 Julai.
Dalam hantaran tersebut, Cita melahirkan rasa syukur sudah setahun bergelar isteri kepada cucu bekas presiden pertama Republik Indonesia, Soekarno.
Selamat hari pernikahan sayang… selalu bahagia , selalu saling sabar dan Semoga Cinta kita selalu dalam lindungan sang maha segalanya..
Muat naik di laman Instagram turut memperlihatkan Cita menitipkan doa dan nasihat buat rakan-rakan supaya tidak pernah berhenti berharap mencari pasangan hidup.
“Buat rakan-rakan yang belum bertemu jodoh sesuai mengikut kemahuan sendiri, sebaiknya perbaiki diri kita dahulu dan berdamai dengan diri sendiri,” ujarnya.
Sekitar September tahun lalu, pasangan ini bertindak membatalkan perkahwinan mereka kerana gagal hadir ke pejabat agama bagi urusan pendaftaran. Walaubagaimanapun, ternyata pasangan ini sebenarnya sudah bernikah lebih awal tetapi bertindak untuk tidak menghebohkan perkahwinan tersebut kepada khalayak umum.
Didi Maharadhika merupakan anak lelaki Rachmawati Soekarnoputri yang merupakan anak ketiga Presiden Soekarno dan Fatmawati. Merupakan seorang ahli politik, jejaka berusia 42 tahun ini dikatakan telah beberapa kali berkahwin dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Garnetta Haruni. Pasangan ini berceraipada tahun 2013.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak ramai selebriti yang terbuka dan berani menceritakan rahsia mengekalkan kejelitaan seperti Amelina. Namun perkongsian penyanyi dangdut terkenal ini berjaya membuka mata ramai, khasnya tentang proses rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ menerusi akaun Instagram miliknya.
Terkenal dengan gelaran Ratu Dangdut Malaysia, wanita berusia 47 tahun yang popular dengan lagu ‘Asyik’ ini menyifatkan rawatan tersebut hanyalah untuk membaiki semula keadaan wajah, bukannya untuk mengubah fizikal seperti pembedahan plastik.
Tertarik melihat hasil rawatan sebelum dan selepas yang dikongsikan, memang Amelina ketara nampak 10 tahun lebih muda daripada sebelumnya.
Amelina tetap jelita di usia 47
“I wouldn’t be anybody else” Amelina
“Kaklong taknak hidung Angelina Jolie sebab hidung Kaklong paling cantik. Kaklong taknak pergi kopak kulit muka sebab nak jadi (kulit) muka budak 16 tahun, dah sah-sah Kaklong 40-an, kang jadi Chucky pula… Aaaaa ghisau!
Itu merubah namanya. Bukan membaiki.
Kaklong cuma nak Kaklong yang dulu. Untuk lebih presentable setelah Kaklong dihina. Selekehlah, tak pandai jaga level-lah, gemuklah, dah tualah. Tapi memang Kaklong dah tua pun. Do i cares?
By the way, Kaklong sekarang menjaga dan menghargai apa yang Kaklong ada. Kalau sagging kita tegangkan, kalau gemuk kita kuruskan. Yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi, plastik segala macam, kikis sana sini. JANGAN!
Buat apa yang perlu, jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara, jangan yang kekal.” Amelina
RAWATAN TANAM BENANG
Thread lift atau ‘tanam benang’ merupakan antara rawatan estetik yang kini popular kerana hasilnya cepat dan memberikan kesan terbaik.
Bagi wanita yang mengalami masalah kulit berkedut, kendur, pipi jatuh atau garis-garis halus akibat penuaan, bolehlah mencuba alternatif ini.
Bagi golongan selebriti, rawatan menegangkan muka memang penting kerana kebanyakan video masa kini menggunakan teknologi 4K dan HD. Jadi kesempurnaan wajah itu penting kerana inilah punca rezeki mereka.
Meskipun ramai beranggapan rawatan ‘tanam benang’ ini agak keterlaluan, namun Amelina tetap menyangkal pendapat tersebut kerana baginya ia hanya sekadar menegangkan kulit semata-mata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!