Ubi ngarku atau lebih dikenali sebagai Arrow Head sering didapati apabila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina sahaja. Sempena kedatangan tahun anjing kali ini, snek ringan ini boleh dijadikan pilihan.
Ubi ngarku mudah diperolehi di kebanyakan pasar raya besar terutama menjelangnya perayaan masyarakat Tiong Hua ini. Ia digunakan di dalam penyediaan makanan dan turut dijadikan hidangan sampingan seperti kerepek.
Nak cuba sediakan kerepek mudah ini? Hanya 4 bahan sahaja diperlukan hasil perkongsian resipi Cef Sue M Arukin.
BAHAN-BAHAN
- 15-20 biji ubi ngarku (arrow head)
- Garam secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA MEMBUAT
- Kupas ubi ngarku dan bersihkan. Sagat ubi ngarku nipis-nipis.
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ubi ngarku hingga keperang-perangan. Toskan.
- Tabur garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
- Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Wanita Yang Minum Secawan Teh Setiap Hari Lebih Nampak Cantik, Langsing & Terhindar Risiko Kanser. Wow, Betul Ke Ni?
Di luar negara, harga untuk menikmati secawan teh agak besar kosnya. Selain terkandung dengan khasiat, ramuan daun teh berkualiti yang digunakan turut mempengaruhi harga minuman teh tersebut.
Salah satu kebaikan teh adalah kandungan antioksidannya yang tinggi iaitu polifenol dan flavanoid yang baik untuk kesihatan tubuh badan.
Malah, wanita yang berazam untuk menurunkan berat badan digalakkan menikmati teh kerana jumlah kalori yang rendah. Antara jenis teh yang terkenal kerana khasiatnya adalah teh hijau.
Berdasarkan kajian dari Institute of Cancer Prevention, New York, teh mengandungi antioksidan lapan hingga sepuluh kali lebih tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pun begitu, teh yang telah dicampur susu atau krimer akan mengurangkan kadar antioksidan di dalamnya. Jadi untuk mendapatkan manfaat menyeluruh kepada tubuh, penyediaan teh yang paling baik adalah dengan menikmatinya tanpa gula.
Kebaikan Teh
- Menurunkan risiko serangan jantung
- Mengawal paras kolesterol
- Mencegah penyakit nyanyuk atau Alzheimer
- Dapat menghalang penyakit buah pinggang
- Mencegah serangan kanser seperti paru-paru, ovari, kulit dan usus
- Amalan minum teh setiap hari mengurangkan pembentukan plak gigi dan pembiakan bakteria mulut punca masalah bau mulut
Rangkaian Produk Teh BOH Terbaharu
Bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak untuk menikmati hirupan teh hari ini, boleh cuba produk terbaharu dari BOH yang dihasilkan dalam rekaan uncang piramid biodegradasi.
Teh Infusi Spa Herba dan Buah-buahan BOH dengan tiga perisa memikat iaitu Gentle Ginger, Hibiscus Zest dan Twilight Rooibos, membantu memulihkan kesegaran tubuh, menenangkan jiwa, merangsang otak dan pembekal tenaga harian.
- BOH Hibiscus Zest – campuran teh bersama epal, strawberi dan beri hitam
- BOH Gentle Ginger – campuran teh dengan haruman pudina lemon yang dikisar menjadi campuran organik dengan rasa halia
- BOH Twilight Rooibos – campuran teh bersama sitrus dan pudina
Selain rangkaian teh baru ini, terdapat juga produk Teh BOH Garden yang kaya dengan aroma istimewa juga memikat iaitu BOH Palas Supreme dan BOH Palas Afternoon Tea. Suziana Abu Daud
Resipi Nasi Arab Menyelerakan, Buat Sendiri Lagi Puas Hati & Pilihan Juadah Berbuka Puasa!
Siapa mampu menolak keenakan rasa hidangan Arab. Selain kaya dengan aroma memikat, dua pilihan nasi popular masyarakat Timur Tengah ini tentu saja menarik selera anda!
Sempena bulan puasa ini, tambat selera suami dan anak-anak dengan resipi juadah Nasi Mandy Yemen dan Nasi Maqlubah untuk hidangan berbuka puasa.
NASI MANDY YEMEN
- Bahan-bahan:
- 1 kg beras basmathi
- 4 sudu makan minyak sapi @ sayuran
- 10 ulas bawang putih (dipotong bulat)
- 2 biji bawang besar (dimayang)
- 5 biji buah pelaga
- 2 batang kayu manis
- Sedikit bunga cengkih
- 1 sudu makan rempah mandy
- 1 sudu makan garam halus
- 1 sudu makan gula
- 2 sudu makan kismis hitam
- Daun pudina segar
- 1.5 liter air stok rebusan kambing @ ayam
- Saffron atau pewarna kuning telur
Cara membuat:
Rendam beras selama 20 minit dan toskan. Panaskan minyak sapi atau minyak sayuran dan tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan pula rempah mandy sehingga wangi dan diikuti air rebusan kambing atau ayam. Seterusnya, bubuh garam, gula dan kismis. Tanah hingga mendidih. Kemudian, masukkan beras dan kacau sekali-sekala. Setelah air hampir kering, buat beberapa lubang kecil untuk masukkan saffron. Guna api paling kecil selama 15 minit untuk mengeringkan nasi. Akhir sekali, tabur hirisan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
NASI MAQLUBAH
Bahan-bahan:
- 1 kg beras basmathi
- 4 sudu makan minyak sapi atau sayuran
- 10 ulas bawang putih (dipotong bulat)
- 2 biji bawang besar (dimayang)
- 5 biji buah pelaga
- 2 batang kayu manis
- Sedikit bunga cengkih
- 1 sudu makan rempah maqlubah
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan garam halus
- 1 sudu makan gula
- 2 sudu makan kismis hitam
- Daun pudina segar
- 1.5 liter air stok rebusan kambing @ ayam
- 2 biji lobak merah
- 4 biji kentang
- 1 biji terung
- 1 biji buah lemon
Cara membuat:
Rendam beras selama 20 minit dan toskan. Lobak merah, kentang dan terung dipotong dan digoreng hampir 80% masak. Panaskan minyak sapi atau minyak sayuran dan tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, kayu manis bersama bunga cengkih. Sesudah itu, tumis rempah maqlubah dan serbuk lada hitam sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan didihkan. Kemudian, bubuh garam, gula dan kismis diikuti beras. Kacau sesekali. Sayuran yang telah digoreng, dimasukkan ke dalam periuk berasingan sebagai lapisan paling bawah. Nasi yang hampir masak, dipindahkan ke atas sayuran goreng tadi. Tutup dan gunakan api paling kecil selama 15 minit untuk mengeringkan nasi. Setelah kering, nasi dihidangkan secara menterbalikkan periuk ke atas dulang dan lapisan sayuran goreng akan berada di atas nasi. Tabur hirisan daun pudina bersama bawang goreng dan hirisan buah lemon.
Resipi: TERIMA KASIH HAJI AMINUDDIN RESAD, RESTORAN AROMA HIJRAH, TTDI SHAH ALAM, Selangor
Mi Kicap, Hidangan Ekspress Makan Tengahari Must Try!
Walaupun berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia bertuah kerana masih boleh mendapatkan barangan keperluan harian di pasaraya dan kedai runcit berhampiran kediaman mereka. Walaupun pada permulaan perintah tersebut orang ramai dilihat melakukan panic buying, namun sejak memasuki minggu kedua, keadaan sudah agak tenang ketika keluar membeli barangan keperluan rumah.
NONA kongsikan menu yang sesuai untuk sajian hujung minggu di rumah bersama keluarga. Selain mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan tersebut sememangnya ada di dalam dapur anda. Selamat mencuba!
MI KICAP
BAHAN-BAHAN:
150 gm yee mee kering|direbus dalam air panas selama 5 minit
50 gm isi ayam- direbus dan dipotong
24 gm wantan
20 gm tauge
20 gm fucuk
10 gm daun sup
10 gm daun bawang
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SOS:
2 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan sedikit air. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam. Kemudian biarkan sos ini mendidih sebelum diangkat. Ketepikan. Dalam periuk lain, sediakan sedikit air untuk membuat sup. Rebus air dan masukkan wantan dan fucuk. Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat dan ketepikan. Siram sos kicap yang telah dimasak tadi ke atas yee mee yang telah direbus. Hidangkan bersama isi ayam, daun bawang, bawang goreng dan sup tadi. Sedia dinikmati.
JUS MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji mangga |Buang kulit dan potong
20 ml susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil vanilla
½ cawan ais
CARA MEMBUAT:
Masukkan mangga ke dalam mesin pengisar. Campurkan bersama-sama susu pekat dan susu cair. Kisar semua bahan-bahan ini. Setelah siap dikisar, masukkan sedikit perasa vanila ke dalam jus ini. Kacau sebati.Tuang jus mangga ini di dalam gelas yang hendak digunakan. Potong sedikit isi mangga dan letakkan di atas jus tersebut. Sedia dinikmati.