Hanya Perlu 4 Bahan Ini Untuk Sediakan Snek Kerepek Rangup UBI NGARKU!

Ubi ngarku atau lebih dikenali sebagai Arrow Head sering didapati apabila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina sahaja. Sempena kedatangan tahun anjing kali ini, snek ringan ini boleh dijadikan pilihan.

Ubi ngarku mudah diperolehi di kebanyakan pasar raya besar terutama menjelangnya perayaan masyarakat Tiong Hua ini. Ia digunakan di dalam penyediaan makanan dan turut dijadikan hidangan sampingan seperti kerepek.

Nak cuba sediakan kerepek mudah ini? Hanya 4 bahan sahaja diperlukan hasil perkongsian resipi Cef Sue M Arukin.

BAHAN-BAHAN

  • 15-20 biji ubi ngarku (arrow head)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA MEMBUAT

  1. Kupas ubi ngarku dan bersihkan. Sagat ubi ngarku nipis-nipis.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ubi ngarku hingga keperang-perangan. Toskan.
  3. Tabur garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
  4. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Share
Published by
Rosmah Idayu