Hanya Sempat Hidup 5 Bulan Gara-Gara Ibunya Terdedah ASAP ROKOK SEWAKTU HAMIL. Ayah Ayah Wajib Ambil Tahu!

Hanya Tuhan yang tahu betapa beratnya perasaan seorang ibu melihat bayi yang disayangi menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tragedi yang menimpa pemilik akaun Facebook bernama @Putri ini patut kita jadikan iktibar. Semuanya gara-gara asap rokok yang disahkan menjadi punca utama kematian si manja.

Pada saat ini, Puan Putri barangkali masih berduka dengan kehilangan anakanda tersayang, Muhamad Khaleef Albarra, 5 bulan, pada 22 Ogos 2017 lalu.

Tidak pernah menyangka anaknya terinfeksi sejak dalam kandungan, wanita itu berkali-kali menyatakan supaya ibu-ibu hamil menjauhi perokok dan mereka yang sedang batuk.

“Virus ini dengan mudah masuk dalam tempoh 1 hari dan merosakkan segala-galanya.”

Kronologi kes adik Khaleef bermula tanggal 4 Ogos, jam 2.00 pagi, apabila bayi ini terpaksa dikejarkan ke hospital kerana wajahnya pucat, sesak nafas dan batuk tanpa henti.

Pemeriksaan awal mendapati berlakunya masalah kekurangan oksigen. Adik Khaleef segera dirujuk untuk pemeriksaan darah.

Keputusannya menyedihkan. Dia disahkan positif radang paru-paru dan hanya diberikan antibiotik kerana faktor usia yang terlalu kecil.

Infeksi paru-paru Adik Khaleef semakin lama semakin parah. Dia terpaksa bernafas dengan bantuan mesin oksigen.

Detak jantungnya yang kencang, perlahan-lahan melemah. Cerita Puan Putri, sewaktu layar monitor menunjukkan skala 45, semua jururawat berteriak tanda biru dan doktor menjelaskan bahawa jantung anaknya semakin lemah.

Dengan air mata yang mengalir laju, Puan Putri terketar-ketar berbisik pada bayinya yang ‘sedang berjuang’… “Kalau sudah tak kuat, jangan dipaksa ya sayang. Mama tak sanggup lihat Adik terseksa lagi,” katanya sayu sambil membisikkan selawat.

Kenangan lalu bersama Adik Khaleef

Habis saja kata-kata sang ibu, tubuh Adik Khaleef kaku dan jantungnya berhenti. Hanya garis lurus dan panjang di skrin, menandakan dia sudah pergi dijemput Ilahi.

Kini Puan Putri giat menyebarkan kesedaran tentang bahayanya asap rokok sebagai peringatan kepada wanita-wanita hamil yang lain.

Ujarnya, pada satu ketika dia juga sama seperti orang lain yang hidup di lingkungan perokok. Mujur dua anak-anak yang pertama tidak terjejas namun selepas kehilangan sendiri anak ketiganya, dia tersentak hebat.

Hanya video dan foto-foto arwah menjadi pengubat rindunya. Tabahlah duhai ibu… Norzalina Mohd Alias

Simptom Radang Paru-Paru Pada Bayi Baru Lahir

  • Sering sesak nafas
  • Merintih
  • Kulit kebiruan di sekitar bibir dan hujung jari
  • Demam
  • Batuk
  • Muntah

Kesan Berbahaya Pada Janin

(a) Kecacatan fizikal akibat mutasi genetik

(b) Risiko kematian bayi sehingga 23% untuk ibu hamil yang menjadi perokok pasif

(c) Kerosakan organ apabila janin terkait dengan paparan asap rokok (masuk melalui darah di plasenta)

(d) Masalah pernafasan atau asma selepas lahir

(e) Kelahiran pramatang

Sumber: Facebook Putri

Share
Published by
Norzalina