Sesungguhnya rezeki itu di tangan Allah SWT. Ternyata, empunya diri pun tidak sangka hanya tinggal satu tiub fallopian, Sari Yanti direzekikan hamil lagi. Berkongsi keadaan diri kepada Nona ketika mengandungkan anak sulungnya bersama pelawak terkenal, Jep Sepahtu, Sari dalam nada tenang menyusun bicara.

Ads

Masih terngiang-ngiang pendedahan Sari Yanti ketika temu bual bersama Nona suatu masa dulu yang waktu itu mengandungkan Dariya Inara,

“Alhamdulillah saya ingatkan susah nak mengandung lagi setelah membuang tiub fallopian sebab tiub fallopian tinggal satu sahaja,” tutur selebriti cantik ini yang terpaksa membuang sebelah tiub fallopian akibat mengandung luar rahim.

Hanya Tinggal 1 Tiub Fallopian & Pernah Keguguran, SARI YANTI Bertuah Kini Ibu 5 Anak!
Credit Instagram @sariyanti

Walaupun pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali semasa perkahwinan keduanya, namun kalau sudah rezeki.. pasti tetap menjadi miliknya.

15 Mei lalu, Sari dan Jep menyambut ulang tahun kelahiran pertama anak bongsu mereka iaitu Abu Bakr Mohd Nazri. Anak lelaki ini merupakan zuriat ketiga Sari menerusi perkahwinan keduanya bersama Jep.

Sari Yanti dan Jep Sepahtu telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari 2017 dan sebelum ini dikurniakan seorang puteri, Dariya Inara, 3 tahun dan seorang putera, Muhammad Khidir, 1 tahun.

Melalui perkahwinan terdahulu, Sari Yanti sudah memiliki dua orang putera, Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Ads
Hanya Tinggal 1 Tiub Fallopian & Pernah Keguguran, SARI YANTI Bertuah Kini Ibu 5 Anak!
Credit Instagram @sariyanti
Hanya Tinggal 1 Tiub Fallopian & Pernah Keguguran, SARI YANTI Bertuah Kini Ibu 5 Anak!
Credit Instagram @sariyanti
Hanya Tinggal 1 Tiub Fallopian & Pernah Keguguran, SARI YANTI Bertuah Kini Ibu 5 Anak!
Credit Instagram @sariyanti
Hanya Tinggal 1 Tiub Fallopian & Pernah Keguguran, SARI YANTI Bertuah Kini Ibu 5 Anak!
Credit Instagram @sariyanti

Sesungguhnya rezeki anak itu bukan kuasa kita untuk menentukannya. Sari Yanti merupakan antara wanita yang paling bertuah kerana dikurniakan rezeki hamil walau sudah membuang  satu tiub fallopian.

Menceritakan keadaannya sewaktu mengandungkan anak kelima, “Bagi saya setiap kandungan itu berbeza. Of course, setiap kandungan adalah berbeza sebab kita pun semakin tua bukan semakin muda.

Ads

Jadi, memanglah terasa agak penat tambahan pula saya memang jaga anak-anak sendiri tanpa pembantu. Saya memang agak sibuk lagi-lagi Khidir masih kecil lagi.

Hanya Tinggal 1 Tiub Fallopian & Pernah Keguguran, SARI YANTI Bertuah Kini Ibu 5 Anak!
Koleksi gambar Majalah Nona
Hanya Tinggal 1 Tiub Fallopian & Pernah Keguguran, SARI YANTI Bertuah Kini Ibu 5 Anak!
Credit Instagram @sariyanti
Hanya Tinggal 1 Tiub Fallopian & Pernah Keguguran, SARI YANTI Bertuah Kini Ibu 5 Anak!
Credit Instagram @sariyanti

Tapi, alhamdulillah masih sihat dan bertenaga buat kerja rumah dan tak adalah sampai terbaring tak boleh buat kerja rumah. Morning sickness tu, macam muntah-muntah tu biasalah.

Cumanya sebab mungkin kali ini sibuk menguruskan anak-anak terutama Khidir sebab dia kecil lagi. Macam tak sempat nak rasa penat tu sebab sibuk sangat tau tau saja dah bertukar hari,” ungkap ibu jelita lima anak berkenaan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI