
Happy birthday Datin Paduka Eina Azman! 13 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran personaliti jelita ini yang ke-30. Meniti usia 30 tahun, Datin Paduka Eina bagaimana pun cantik dalam kelas tersendiri dan kekal menawan.
Bukan hanya dikurnia rupa paras cantik, dia juga bertuah kerana mempunyai suami penyayang dan sepasang anak kembar comel. Moga hari lahir Datin Eina tahun ini memberi 1001 kenangan manis dan rahmat buat seisi keluarga.
Pastinya sebagai public figure, sambutan ulang tahun kelahiran selebriti ini menjadi perhatian peminat.
Datin Eina Azman Rai Birthday Ke-30!
Berkongsi foto-foto ketika meraikan hari tersebut di media sosial, Datin Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman meluahkan rasa syukur.
“Happy 30th birthday to me. Syukur alhamdulillah 30 years of love, wisdom and endless blessings.”
Bersempena hari lahir ke-30, Datin Eina diraikan dalam tema glamor dengan sentuhan warna silver, putih dan hitam. Anggun dalam persalinan dress putih, seluruh ahli keluarga figura ini termasuk suami dan anak kembar turut mengenakan persalinan sedondon putih.
Lengkap berkaca mata hitam lagi, memang style!
View this post on Instagram
Selain berbakat dalam seni lakonan dan nyanyian, Datin Eina dikenali ramai kerana menjadikan media sosial miliknya sebagai platform untuk berkongsi aneka resipi masakan.
Malah sajian yang disediakan terdiri daripada aneka juadah tradisi dan Barat termasuklah sajian pencuci mulut.
Datin Eina Azman Isteri Dato’ Paduka Kaiser
Datin Paduka Eina bergelar isteri kepada usahawan Dato’ Paduka Kaiser pada 31 Ogos 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang turut meraikan ulang tahun kelahiran yang kesembilan pada 19 Februari lepas.
Semoga rumah tangga dan kehidupan Datin Eina Azman di samping keluarga tersayang sentiasa dalam lindungan Allah SWT.