Wajah yang cantik perlu datang dengan pakej lengkap… Mata sihat bersinar, kulit yang licin gebu serta bibir mungil kemerah-merahan.
Tapi ramai wanita yang sebenarnya cuma berselindung di sebalik calitan gincu. Bayangkan apabila solekan ditanggalkan, maka terserlahlah rona bibir yang sebenar… Gelap kehitaman!
Tak pasal-pasal dituduh merokok atau nampak macam lelaki pula. Kerana itulah penjagaan bibir sangat penting untuk memelihara kulit bibir agar lembut dan berwarna merah jambu. Bagaimana caranya?
(a) Katakan Tidak Pada Rokok
Ini adalah masa terbaik untuk anda berhenti merokok. Kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok boleh memudaratkan kesihatan dan memperlihatkan wajah yang sugul dan tidak bermaya.
(b) Hindari Kafein
Pengambilan kopi dan teh berlebihan boleh menyebabkan bibir bertukar warna menjadi lebam serta meninggalkan kesan kotoran pada gigi.
Jadi, hadkan pengambilan kafein untuk mengelakkan bibir menjadi gelap.
(c) Elakkan Terdedah Matahari
Hindari aktiviti luar yang melibatkan pancaran matahari terlalu kuat. Pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan kulit bibir bertukar gelap kerana peningkatan pigmen melanin pada bibir.
Pastikan anda menyapu produk penjagaan bibir dengan SPF atau perlindungan UV.
(d) Periksa Gincu Bibir
Penggunaan gincu bibir yang berkualiti rendah boleh menyebabkan pigmentasi pada bibir. Jangan lokek melabur sedikit wang untuk kelihatan cantik dan sentiasa periksa tarikh luput produk.
Produk yang mengandungi shea butter, clarified butter, vitamin E dan minyak jojoba sangat bagus untuk kulit bibir kerana ia melembapkan bibir.
Untuk mencuci gincu, gunakan pembersih solekan dari bahan seperti minyak zaitun, almond atau minyak kelapa.
(e) Skrub Bibir
Skrub bibir sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi menanggalkan sel kulit mati serta meningkatkan perjalanan darah.
Campurkan lima hingga enam titik minyak zaitun dan satu sudu teh gula dan gunakan untuk menyental kulit bibir.
(f) Jangan Jilat Bibir
Pakar dermatologi juga menasihatkan supaya tidak menjilat atau menyedut bibir untuk membasahkannya. Jika amalan ini berterusan, ia boleh membawa kepada kegelapan bibir.
Jauhi juga air berklorin untuk menjaga kesihatan kulit bibir.
(g) Diet Sihat
Kecantikan bibir juga ada kena mengena dengan pengambilan makanan sihat untuk tubuh. Amalkan diet sihat dan makan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
Pengambilan vitamin C juga penting untuk mengelakkan pigmentasi bibir.
(i) Genetik
Ada juga kes di mana kulit bibir menjadi gelap kerana faktor genetik. Sebagaimana anda berusaha untuk membersihkannya, ia tidak akan hilang.
Hanya rawat bibir untuk mengelakkannya daripada kering dan kusam.
TIP RAWATAN
This website uses cookies.