Bangga rasanya bila anak yang dikandung 9 bulan dengar cakap dan menurut kata mak ayah. Macam yang dialami Datin Seri Shahida sekarang ini terhadap anak perempuannya, Qadejah El Zahra. Walau baru berusia 7 tahun dan menghidap disleksia, Qadejah yang merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Datin Seri Shahida dan Datuk Seri Aliff Syukri memiliki peribadi yang sangat menenangkan.
Mana tidaknya, bila diminta buat sesuatu… anak kecil ini akan menurut saja kata-kata Datin Seri Shahida dan Datuk Seri Aliff Syukri. Terbaru, menerusi posting yang dikongsikan isteri kepada usahawan terkenal tersebut… Qadejah sekali lagi menjadi tumpuan.
“Alhamdulillah bila mama suruh Qadejah pakai tudung dia boleh ikut dan dengar cakap. Mama dulu waktu atuk suruh pakai tudung mama tak dengar sampai atuk cakap kalau tak pakai tudung jangan keluar rumah. Lepas tu mama pakai la bila keluar tapi lepas tu dah agak-agak jauh sikit dari rumah mama pun buka.
Harap-harap Qadejah tak ikut la perangai buruk mama tu. Biasalah zaman muda-mudi… nak merasa semua. Mama pakai tudung sepenuhnya umur 14 tahun tapi waktu tu teringin juga nak free hair sampai umur 15-16 tahun tu nak merasa tak pakai tudung. Siap dah ikat rambut lawa-lawa. Sudahnya tiba-tiba rasa tak nak keluar pula sebab tak pakai tudung.
Kesimpulannya kalau kita dah biasa bertudung inshaAllah niat tu Allah pelihara. Yang tak bertudung tu bukannya tak baik… baik sangat-sangat, banyak yang saya jumpa sangat-sangat baik. Belum sampai lagi masanya. Doakan yang baik-baik untuk orang yang baik-baik juga datang pada kita.”
Allahu, sejuk perut ibu dikurniakan anak macam Qadejah. Moga kata-kata baik yang dituturkan Datin Seri Shahida untuk anaknya menjadi doa pelindung buat mereka agar sentiasa terbuka untuk berbuat kebaikan dan menuruti perintah Allah Taala.
Sumber: Instagram Datin Seri Shahida