Buat julung kalinya, lima putera raja dari lima buah negeri iaitu Perlis, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan bergabung dalam sebuah majlis secara dalam talian.
Ads
Menerusi program ‘Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka’ yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selama 40 minit melalui saluran Suara Sunnah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta di saluran YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis semalam.
Titah diraja itu dimulakan dengan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang menzahirkan harapan agar rakyat berpegang teguh kepada lima prinsip Rukun Negara kerana ia adalah asas kepada pembentukan tanah air yang menyatukan rakyat negara ini.
Empat putera lain adalah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Shah Alhaj, Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra.
Sementara itu, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra bertitah sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini berbeza berbanding sebelum ini apabila negara masih dibelengu pandemik COVID-19.
Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pula mengajak rakyat untuk terus bersatu padu dalam menangani wabak COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Ads
Seterusnya, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah Alhaj bertitah rakyat Malaysia perlu bersatu hati, mengekalkan perpaduan dan meraikan perbezaan kaum supaya keharmonian yang terbina dapat dikekalkan.
Ads
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pula bertitah meminta rakyat bersama-sama berusaha membangunkan negara dan bangsa serta memerdekakan diri daripada segala unsur negatif dan tidak saling menunding jari sebaliknya sentiasa mencari titik persamaan.
Semua putera berkenaan bersepakat, pandemik COVID-19 memerlukan seluruh lapisan masyarakat berpegang teguh, berganding bahu dan meneguhkan semangat kekitaan.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pergolakan rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof yang juga pengarah filem akhirnya bakal menemui titik noktah apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman pada 18 April depan.
Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu.
Menerusi pertemuan antara kedua-dua pihak malam tadi, mereka mencapai kata sepakat berkenaan terma-terma penyelesaian. Antara terma-terma penyelesaian itu termasuk hadanah, harta sepencarian, mutaah nafkah anak, dan nusyuz.
Bagaimanapun, ia akan dimaklumkan pada 18 April untuk direkodkan, pada hari sama yang dipersetujui Syamsul untuk lafaz cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Menerusi sumber Mstar, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof meluangkan masa berbuka puasa semalam, Ahad dan persetujuan dicapai dalam keadaan tenang sambil berbuka puasa bersama-sama.
“Syukur alhamdulillah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikanlah semalam.
“Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah,” kata Puteri Sarah.’
Menerusi perkongsian IG story Puteri Sarah juga, dilihat dia berkongsi momen-momen bersama Syamsul Yusof di mahkamah sebentar tadi, dan nyata menarik perhatian netizen. Malah, ramai netizen sudah semestinnya mendoakan agar hubungan mereka kekal baik dan aman demi anak-anak. “Semoga berakhir denganb baik” tulisnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah Nona ucapkan buat Siti Nursairah Tarudin yang kini sedang berbadan dua. Khabarnya, adik kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini menyedari dirinya hamil sewaktu bersaing dalam sebuah program nyanyian di sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini.
Siti Sairah yang berusia 39 tahun sebelum ini turut dilaporkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Namun kini dikurniakan rezeki untuk hamil sekali lagi yang juga merupakan kehamilan anak kelima.
Pun begitu, Sairah belum mengetahui usia sebenar kehamilan dan memohon doa orang ramai agar proses kehamilannya kali ini dipermudah serta berjalan lancar.
Memetik kenyataan Sairah kepada media, “Sebenarnya saya masih belum jumpa doktor untuk pemeriksaan dan usia kehamilan pun masih belum diketahui. Dapat tahu saya mengandung pada minggu lalu (pertengahan Disember) selepas membuat ujian menerusi alat pengesan kehamilan.
Saya sudah dapat rasakan saya hamil dan kongsikan kepada suami dan kakak, Siti Saida. Saya anggap kehamilan ketika bersaing di Famili Duo sebagai rezeki.
Saya mohon doa yang baik-baik kerana sebelum kehamilan ini, saya dah dua kali mengalami keguguran. Semoga dipermudah sehingga bersalin.”
Kata Sairah lagi, kali terakhir dia disahkan hamil dan gugur ialah pada awal tahun 2022. Malah doktor turut berpesan jika hamil sekali lagi, dia perlu menjaga kandungan dengan lebih baik kerana sudah mengalami keguguran dua kali.
“Bila dapat tahu saya mengandung, saya gembira tapi saya agak risau memandangkan usia kehamilan masih baru.”
Siti Sairah berkahwin dengan Mohd Sharidan Johari dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Siti Nurkhalishah Alisha. Menerusi perkahwinan terdahulu, penyanyi ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan Oktober adalah bulan kempen kesedaran kanser payudara atau lebih dikenali dengan Pink Ribbon. Justeru, bagi menyemarakkan lagi kempen Pink Ribbon ini, Caramel Fashion Scarves telah mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan.
Bagi merealisasikan kempen Pink Ribbon ini, Caramel Fashion Scarves telah memperkenalkan Koleksi Pink Ribbon dalam sebuah majlis hi-tea di butik Caramel Fashion Scarves yang bertempat di Mytown, Cheras.
Dalam majlis tersebut Pengasas Caramel Fashion Scarves, Datin Azila Caramella berkata bagi membantu mereka yang memerlukan beliau telah menghasilkan 6 helai skarf istimewa khusus untuk kempen Pink Ribbon ini. Koleksi ini hadir dengan rekaan yang sangat eksklusif dan diserikan dengan lambang Pink Ribbon bertatahkan batu swarovski.
“Sempena dengan kempen Pink Ribbon ini setiap pembelian di butik pada hari ini akan mendapat 10 peratus diskaun. Dan jumlah jualan sepanjang bulan Oktober ini pula, 10 peratus daripada keuntungan akan disalurkan ke Breast Cancer Foundation Malaysia (BCF). Ia sebagai satu inisiatif bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang memerlukan bantuan kos rawatan dan perubatan,” ucap Datin Azila Caramella.
Kemeriahan majlis ini dirasakan dengan kehadiran tetamu istimewa pada petang itu. Antara tetamu yang hadir ialah Yang Berbahagia Puan Masdiana Muhamad isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Marco Caramella, Dato’ Emma, Datuk Rozzana, Sherry Ibrahim, Mark Adam dan ramai lagi Nona Superwoman serta fashionista.
Ketua Pegawai Eksekutif BCF, Puan Surayati Hamzah telah diundang khas di majlis tersebut untuk berkongsi dengan para tetamu tentang langkah pencegahan kanser payudara. Salah seorang kanser survivor, Dr Siti Zainab Mohd Zaini juga telah diundang untuk berkongsi pengalaman perjalanannya menentang kanser pembunuh nombor satu wanita ini.
Selain itu para tetamu turut disajikan dengan koleksi Pink Ribbon yang digayakan oleh model terkenal negara. Pertunjukan fesyen ini dimeriahkan lagi dengan alunan suara merdu penyanyi Syamel mendendangkan 3 buah lagu. Majlis petang itu diteruskan dengan sesi hijab styling oleh Didiyana Ehsan yang merupakan seorang hijab stylist terkenal.
Para tetamu begitu terpesona dengan koleksi terbaharu yang dipamerkan di atas rak yang dihias khas itu. Rekaan yang begitu moden dengan adunan warna yang memikat kelihatan begitu sempurna untuk digayakan oleh setiap wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...