
Doa seorang anak yang mengharapkan kesembuhan ibunya pasti menyentuh hati sesiapa pun. Terkini, luahan Kilafairy yang mengharapkan ada keajaiban berlaku kepada ibunya, Rohana Jalil yang kini terlantar lemah di hospital undang sebak!
Tiada anak yang senang melihat orang tuanya sakit, apatah lagi dalam keadaan yang tak mampu berbuat apa-apa. Hanya doa dititip, moga bisikan sujud tembus ke hujung langit. Inilah perasaan seorang anak seperti Kilafairy yang kini berdepan saat getir menjaga ibu yang sakit.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, berkata dia mengharapkan ada keajaiban berlaku agar ibunya kembali sihat dan sembuh daripada penyakit tersebut.
Malah, Kila berkata dirinya masih belum bersedia untuk kehilangan ibu tercinta.

“Mengharapkan ada keajaiban berlaku. Saya tidak akan biarkan mama pergi.” Kilafairy
Menerusi perkongsian sama, aktres Melayu-Pakistan itu turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang menggenggam tangan ibunya.
Terdahulu, Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 18 April lalu akibat kebocoran usus. Difahamkan juga, keadaan penyanyi itu dalam keadaan lemah tetapi stabil.


“Sejak Ahad lalu ketika saya datang melawat, memang keadaan dia lemah. Tetapi dia boleh dengar bila saya bisik di telinga dia. Haiza beritahu dia datang (melawat), dia angguk.” Haiza
Bagaimanapun, ujar artis dangdut itu kepada Astro Awani, Rohana sudah tidak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
AKRAB DENGAN MAMA
Seperti masih terkenang momen manis sambutan hari jadi ibunya yang ke-68 sekitar beberapa bulan lepas. Rohana Jalil tersenyum lembut, memotong kek dan diraikan secara kecil-kecilan ditemani anak dan sahabat rapat.
Paling suka melihat wajah manis Kila berhijab. Seperti tak sangka wanita jelita ini dahulunya pernah terpalit imej seksi. Namun, siapa sangka hidayah Allah SWT datang dalam pelbagai cara. Sedar tak sedar, Kilafairy yang bertudung sejak tiga tahun lalu juga dilihat semakin berseri-seri.


Tidak sekadar cantik jelita, anak kepada Juara Bintang RTM 1980 itu juga aktif di media sosial dan giat berniaga.
Sering tampil dengan gaya elegan dan solekan memukau, bekas pelajar fesyen ini pernah mendapat jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’ dek kerana memiliki bentuk bibir yang seksi.


Syafakillah, sama-sama kita doakan semoga Rohana Jalil cepat sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/kuman-sudah-merebak-ke-seluruh-badan-jantung-boleh-berhenti-bila-bila-masa-pengurus-rohana-jalil/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





“Dari dulu kami tawarkan 5 kali umrah. Kami yang bawa mereka setiap kali umrah dan
Menyentuh soal mengembangkan perniagaan, sebuah kedai makan, Rasa Malaysia kini dibuka di Makkah dan Madinah bagi memenuhi permintaan tinggi makanan tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia di sana.


Atas keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar, Hard Rock Hotel Desaru baru-baru ini menyahut seruan dengan melaksanakan Earth Hour untuk memberi kesedaran dan ruang untuk para tetamu untuk sama-sama menjadikan aspek penjagaan alam sekitar sebagai amalan gaya hidup.
Hard Rock Hotel Desaru telah turut serta dalam kempen Earth Hour dengan memastikan sebahagian besar Hard Rock Hotel Desaru meminimakan penggunaan elektrik selama 1 jam dari jam 8.30 malam ke 9.30 malam. Kesemua lampu di bahagian lobi, restoran, bar dan kawasan umum dimatikan selama 1 jam.
Bertemakan “Shape Our Future”, rakan media telah dibawa melihat sendiri bagaimana Hard Rock Hotel Desaru mengaplikasi semangat kitar semula dan selamatkan alam sekitar untuk para tetamu lebih menghargai kepentingan memelihara alam semula jadi untuk generasi akan datang.
Sepanjang tempoh tersebut, para tetamu yang menginap di Hard Rock Hotel Desaru berpeluang melihat sendiri bagaimana baja organik atau semulajadi dihasilkan dengan menggunakan sisa makanan yang dibuang. Sekaligus, baju organik ini digunakan sebagai baja untuk tanaman herba-herba yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh pihak hotel.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah bagaimana Hard Rock Hotel Desaru membuat proses kitar semula cadar serta sarung bantal terpakai dan sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan bag tote dengan gabungan psychedelic art dari plant dyes. Para tetamu berpeluang membuat sendiri beg tote mereka mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing!
Tidak cukup dengan itu, Hard Rock Hotel Desaru turut melancarkan “Hornbill Villas”, sebuah projek untuk menggalakkan burung enggang datang ke persekitaran Hard Rock Hotel yang merimbun dengan pelbagai pepohon menghijau sekaligus menjadi sarang untuk burung istimewa tersebut bertelur dan seterusnya menambahkan lagi populasi burung istimewa tersebut. Projek istimewa tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru, Murray Aitken.
“Hard Rock Hotel Desaru Coast sentiasa menitikberatkan soal penjagaan alam sekitar dan projek ini adalah antara usaha kecil Hard Rock Hotel Desaru untuk memastikan kesinambungan hidupan semulajadi di kawasan Desaru ini sentiasa terpelihara sekaligus menjadi daya penarik untuk para tetamu berkunjung ke Hard Rock Hotel Desaru,” ujar Murray yang mempunyai pengalaman 30 tahun sebagai pengusaha hotel dan restoran yang profesional.




