“Harga Face Mask £20 (RM106) Pun Orang Beli!” Haliza Hashim Cemas Kes Di London Meningkat

Penularan wabak Covid19 memberi impak bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia ‘lumpuh’ dengan aktiviti harian apabila negara-negara besar seperti United Kingdom juga sudah melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di negara itu.

Haliza Hashim Doyle

Rakyat negara itu hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan, atau tugasan kritikal. Kerajaan United Kingdom mengenakan perintah kawalan pergerakan bermula Isnin lalu bagi membendung penularan COVID-19.Perdana Menteri, Boris Johnson berkata, penguatkuasaan itu dijangka untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 minggu.

NONA berkesempatan menemubual secara eksklusif koresponden TV3, Haliza Hashim Doyle yang menetap di  London untuk berkongsi situasi terkini di London apabila perintah tersebut dilaksanakan baru-baru ini.

“Buat masa ini bukan sahaja death toll di UK semakin meningkat 1228 (semalam) dan yang sahkan positif covid19 telah melebihi 19,000. Beberapa menteri dan kerabat diraja UK juga  dilapurkan positif Covid19,” ujar Haliza membuka kerisauannya tatkala melihat angka kes positif Covid19 yang semakin bertambah setiap hari.

“Selain rakyat, pewaris tahta Britain Putera Charles, Perdana Menteri Britain Boris Kohnson, Menteri Kesihatan Matt Hancock turut disahkan positif Covid19 dan kini sedang self isolate dirumah, sambung Haliza lagi.

Haliza Hashim membuat laporan keadaan semasa dari rumah melalui kemudahan internet

Sambung Haliza lagi, walaupun arahan lock down  telah dikeluarkan, namun masih ramai barisan frontliners bertugas bagi memastikan situasi pendemik ini dapat dikawal sebaik mungkin.

“Sama seperti di Malaysia, golongan perubatan seperti doktor, jururawat, pekerja hospital, pekerja penghantaran dan pekerja di sektor makanan dan supermarket masih menjalankan tugas untuk memenuhi permintaan semasa.Mereka ini antara individu penting masa kini.”

Melihat sistem pengangkutan juga semakin bertutup secara berperingkat-peringkat bagi mengurangkan kawasan tumpuan ramai yang boleh menjadi asbab jangkitan Covid19 sukar dikawal. Di London hampir separuh keretapi bawah tanah / tube sudah dikurangkan perkhidmatan dan dijangka ditutup bagi mengurangkan risiko jangkitan. Ini  antara situasi yang sangat membimbangkan di peringkat  kerajaan.

“Dr Jenny Harries, Deputy Chief Medical Officer  England, semalam turut memberi amaran kehidupan di Britain TIDAK akan kembali normal kemungkinan sehingga Jun. UK juga sedang bersedia untuk extend lockdown. Semua ini masih dalam pertimbangan mengikut situasi semasa”, sambung Haliza lagi.

Ketika ditanya mengenai penerimaan masyarakat di UK mengenai perintah yang dikeluarkan, majoriti warga Britain mengikut perintah kerana ramai yang bekerja dari rumah.

“Ramai yang mempunyai anak kecil lebih memilih untuk duduk di rumah. Mungkin ada segelintir seperti generasi muda yang masih keluar in small groups. Misalnya pegi  ke park sebab kebanyakan kafe dan restoran sudah ditutup. Namun masih ada yang berdegil mengunjungi pasaraya bersama anak-anak. Namun tindakan mereka itu mengundang padah apabila ditahan oleh pihak keselamatan dan diarahkan pulang.

Ketika mula-mula arahan lockdown dikeluarkan ada Juga keluarga dan sekumpulan kecil yang degil memandu ke country side ke arah Scotland dan Wales untuk ‘bercuti’.  Kawasan peranginan tersebut membantah kehadiran mereka and arahkan mereka pulang ke rumah. Saja juga situasi seperti rakyat Malaysia yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman sehari sebelum perintah dikuatkasakan,” ujar Haliza mengenai situasi masyarakat yang kadang kala degil dan tidak mendengar arahan pihak berkuasa.

Satu lagi, sepanjang tempoh genting ini ramai mengambil kesempatan terhadap barang-barang keperluan seperti face mask yang dijual pada harga tidak munasabah. Bayangkan, pada awal mac, saya pernah ternampak seorang penumpang di lapangan terbang yang menjual face mask pada harga $20 satu! Ada juga farmasi yang menjual Panadol pada harga tiga kali ganda dari hari biasa!

Satu lagi situasi mengenai pembelian barangan keperluan harian pula, Haliza turut berkongsi bagaimana masyarakat mengamal social distancing ketika membeli barangan keperluan harian di pasaraya. Pihak pasaraya mengehadkan jumlah pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam pada satu masa.

“Jika di Malaysia khabarnya roti menjadi hot item yang sering habis dan diperkatakan, di UK makanan sepetti pasta, beras dan tepung sememangnya hot item. Nasib baik kebanyakan pasaraya mempunyai bakeri sendiri jadi masalah putus bekalan bakeri jarang kedengaran. Cuma telur agak bermasalah untuk dapat  kerana ia cepat habis dan nak dapatkan perlu ke pasaraya pada awal pagi. Selain itu, penghantaran makanan masih berjalan seperti biasa.

Ketika diminta menitipkan pesanan untuk rakyat Malaysia sepanjang melalui hari-hari sehingga 14 April ini, Haliza berkata betapa bertuahnya setiap individu semasa wabak merbahaya diluar sana,  hanya perlu  duduk rumah, bekerja dari rumah berbanding barisan hadapan yang tidak dapat berbuat demikian lantaran tugas yang digalas.

“Kita boleh luangkan masa bersama keluarga dan masih boleh berkomunikasi dengan  keluarga dan kawan di seluruh dunia  dengan kemudahan teknologi. Kita masih boleh keluar membeli makanan kerana ia merupakan perintah kawalan pergerakan, bukan sehingga tahap lockdown.

Memang ada yang rasa bosan tapi  perintah duduk di rumah ini untuk beberapa minggu sahaja.  The logic is stay at home bermakna kurang orang yang akan berjangkit atau memberi jangkitan. Jadi kurang pesakit di hospital.

“Saya sendiri tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti berzumba dan bekerja seperti biasa tetapi saya akur dengan perintah kerajaan dan bekerja dari rumah. Saya galakkan setiap wanita yang bekerja di rumah untuk mempunyai private work space. seperti saya, saya mempunyai ruangan kerja khas, suami, Jonathan Doyle di ruang makan manakala Emma dan Iskandar lebih selesa beekrja dari ruang bilik masing-masing”

Saya juga bekerja  dari rumah dengan menjalankan interviews melalui skype or facetime. Selesai bekerja, saya gemar memasak  terutamanya hidangan barat dan kadang kala memasak menu masakan Melayu untuk keluarga. Pada hujung minggu, kami sekeluarga mabil peluang menonton telvisyen, menonton filem mahupun bermain board games.”

Kebetulan di belakang kediaman kami ada sebuah taman. Jadi kami ambil kesempatan bersenam dan mengeluarkan peluh  di situ. Untuk pengetahuan, UK dibenarkan untuk aktiviti riadah sehari sekali ya.

Walaupun rindu untuk melakukan aktiviti zumba seperti biasa, tetapi saya gantikan dengan bermain badminton bersama Iskandar untuk mengeluarkan peluh. Kalau rindu keluarga dan rakan-rakan, face time kan ada,” ujar Haliza yang mendoakan semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala dengan adanya kerjasama dari semua pihak.

Foto: Koleksi Haliza Hashim Doyle

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu