Harga Kurang RM50, Ini Sebabnya NY STEAK SHACK Sering Diserbu Penggemar Stik!

Melangkah masuk ke NY Steak Shack (NYSS), mata pastinya menyelinap ke segenap ruang untuk mengagumi konsep dekorasi yang diketengahkan. Jika anda penggemar filem-filem Amerika yang menampilkan konsep dekorasi kafe yang tampak klasik bagaikan filem Grease, inilah konsep yang diketengahkan di sini. Terasa bagaikan berada pada zaman filem kegemilangan John Travolta dan Olivia Newton John!

Percaya atau tidak, semua hidangan stik ditawarkan pada harga kurang RM50. Selain hidangan yang boleh dianggap murah, dekorasi NYSS juga sangat cantik. Hiasan ringkas dan moden menjadikan ia satu tempat yang boleh dikatakan sebagai ‘instagram worthy

‘. Maklumlah, orang sekarang berkunjung ke restoran bukan sahaja untuk menikmati makanan, malah menjadikan tempat itu sebagai medan fotografi.

Berbalik kepada seleksi menu yang ditawarkan, penulis mencuba hidangan signatur NYSS yang paling mendapat sambutan iaitu ‘sizzling ribeye’.Ternyata, penulis bersetuju ia diangkat sebagai antara hidangan paling popular di NYSS.

Bukan sahaja dagingnya empuk dan lembut, perapan yang digunakan turut memberi satu letusan rasa yang berbeza saat ia disuap ke dalam mulut. Ia turut ditabur dengan bawang putih goreng yang rangup sekali gus memberi gabungan rasa berbeza saat dimakan bersama stik.

Menggunakan frasa ‘Shared Joy is Double Joy’, restoran ini memperkenalkan empat hidangan baharu iaitu Seafood Platter, Beef Platter, Poultry Platter

dan Lamb Platter. Melihat barisan menu yang diketengahkan sahaja sudah membuatkan rasa lapar muncul dengan tiba-tiba!

Mengetengahkan konsep makan secara berkongsi atau sharing platters, hidangan ini turut didatangkan bersama nasi labu, ubi kentang yang digoreng, sayuran campur dan sizzling entree sebagai pembuka selera.

Jika anda penggemar hidangan makanan laut, hidangan Seafood Platter sememangnya tidak wajar untuk dilepaskan memandangkan ia menampilkan hidangan sotong yang digoreng menggunakan rempah ratus istimewa di samping udang goreng halia dan ikan pada harga berpatutan.

Bagi mereka yang tertanya-tanya mengenai status restoran ini, jangan risau kerana NYSS sudahpun diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Malah, daging yang digunakan di NYSS juga diambil daripada pembekal halal di Australia.

Bagi mereka yang mahu berkunjung ke NYSS, terdapat 10 outlet di seluruh Malaysia. Antaranya di Mid Valley, Sunway Pyramid, Subang Parade, One Utama, Sunway Velocity dan Melawati Mall. Apa yang pasti, harganya bukan sahaja murah malah hidangan yang ditawarkan juga sangat menyelerakan. Rugi sekiranya anda tidak mencuba salah satu hidangan NYSS. Sekali cuba, pasti nak lagi!

Share
Published by
Rosmah Idayu