Jenama pakaian terkenal, Sabella menghadiahkan baju kurung kepada guru di seluruh negara mencecah RM1.2 juta sempena sambutan Hari Guru yang diraikan hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya memberikan 20,000 helai baju kurung menerusi kempen #SabellaSrikandi bagi menghargai jasa guru.
“Kempen ini dibuat memang untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru di seluruh negara. Jadi, bersempena sambutan Hari Guru tahun ini, Sabella melancarkan kempen #SabellaSrikandi .
Bagi kami, guru juga adalah wira yang perlu dikenang jasa mereka. Alhamdulillah, menerusi kempen ini kami berjaya mengedarkan 20,000 helai baju melalui platform website sabella dan juga kami telah terjah lebih 15 sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Nilai yang dibelanjakan mencecah RM1.2 juta.
“Kempen yang dijayakan ini juga sebagai tanda penghargaan kami kepada guru yang mana ramai antara mereka pelanggan setia kami,” katanya.
Menurutnya, hadiah yang diberikan itu diharap dapat menggembirakan mereka selain merancang untuk meneruskan tradisi sama pada kempen lain.
“Mungkin hadiah ini tidak sebarapa jika nak dibandingkan dengan jasa mereka mendidik anak bangsa kita. Cuma, apa diharapkan hadiah baju kurung Sabella dapat menceriakan lagi hari mereka.
Pada sesi itu, selebriti terkenal Izzue Islam turut serta bagi membuat penyerahan hadiah baju kurung serta meluangkan masa beramah mesra bersama guru di sekolah terbabit.
“Jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka ketika kami turun padang menyampaikan hadiah ini. Insya-Allah, kempen sebegini akan diteruskan. Doakan kami supaya sentiasa berikan rezeki agar dapat menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.