Seperti diketahui ramai, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan beberapa kakitangan Istana Negara kini sedang menjalani tempoh kuarantin diri 14 hari selepas 7 kakitangan istana disahkan positif Covid-19, Jumaat lepas.
Sepanjang tempoh kuarantin berkenaan di Istana Negara, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkongsi aktiviti harian baginda menerusi media sosial. Memasuki hari keempat kuarantin diri, KDYMM Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah dan kakitangan Istana Negara terlibat mengadakan tadarus Al-Quran bersama-sama meskipun berada di dalam bilik masing-masing berseorangan.
“Kami semua yang self quarantine, bertadarus sesama sendiri. Mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh Allah SWT. Staff istana sudah 16 orang yang positive dan mereka sedang menerima rawatan. Alhamdulillah kami yang lain negative.
Patuh arahan doktor, saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing, lambai dari jauh saja. Kami tidak dibenarkan visitors dan juga tidak ada sesiapa dibenarkan naik ke atas istana. Hanya kami sahaja di atas, tidak ada pelayan atau bodyguard.
Tuanku Agong, saya dan anak buat sendiri semua. Cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk because we were with those yang positive. Alhamdulillah we are ok. Dah buat banyak test dan negative!”
Dalam pada itu, Tunku Azizah turut bertitah, “Saya doakan pekerja-pekerja istana dan bodyguard yang positive akan sembuh cepat dan juga semua rakyat Malaysia. Kami hanya boleh keluar bilik on
April 9th selepas buat swab test dan selepas itu juga kena berjaga-jaga dan begitu juga dengan semua staf istana.Jom kita semua berkerjasama menghapuskan wabak ini dari terus merebak. Duduk di rumah, jangan keluar dan JANGAN DEGIL. Ini tanggungjawab kita semua. Walaupun kita serah kepada Allah SWT, kita juga dituntut untuk berikhtiar. Alhamdulillah anak-anak saya semua faham dan tidak ada yang complain. Semua baik-baik duduk dalam bilik dan makan apa saja yang saya order.”
Sebelum ini, Tunku Azizah turut dilihat mengisi masa kuarantin dengan melakukan hobi kesukaan baginda iaitu mengait. Memang cantik dan kemas hasil seni mengait baginda. Lebih mengagumkan, Tunku Azizah hanya belajar seni tersebut melalui video di YouTube.
Ketika rakyat diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keadaan Covid-19 yang kian meningkat sejak 18 Mac lalu, Raja Permaisuri Agong telah berkenan memberikan sumbangan makanan yang dimasak sendiri oleh baginda untuk disumbangkan kepada para frontliners di hospital terlibat. Antaranya Hospital Sungai Buloh, CPRC, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bagaimanapun, usaha itu terpaksa dihentikan apabila terdapat kakitangan istana yang telah dijangkiti virus yang berasal dari Wuhan, China tersebut.
Nona mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta kakitangan istana negara diberi kesihatan yang baik dan berada dalam lindungan Allah SWT.
This website uses cookies.