Hari Khamis Dah Mula Puasa Ada Yang Masih Tak Sempat Ganti Puasa?

Lusa kita dah start berpuasa. Mesti ramai wanita yang tak sempat puasa kan? Lebih-lebih lagi mereka yang tidak dapat menyempurnakan puasa disebabkan melahirkan anak atau mengandung. Kalau seminggu mungkin senang nak ganti. Macam mana pula kalau 29 hari?

Hendak atau tidak puasa Ramadan WAJIB diganti sebelum tiba bulan puasa tahun berikutnya. Sebagai wanita perlu mengganti puasa yang telah ditinggalkan walau apa pun alasannya. Tetapi, Islam itu agama yang begitu fleksibel, jika tidak berupaya untuk mengganti apabila tiba masanya, wanita boleh membayar fidyah. Namun, puasa perlu juga diganti tahun yang berikutnya.

KADAR FIDYAH
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).

Berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 Pada 30 Mei 2017 yang telah membincangkan tentang penambahbaikan pelaksanaan fidyah dan kaffarah di Bahagian baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP):

Kadar Bayaran Fidyah adalah sebanyak RM4.00
Kadar ini berdasarkan kepada nilai ½ gantang gandum iaitu sebanyak RM3.00 dan satu ringgit tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.

Konsep Gandaan Bagi Penentuan Bayaran Fidyah
Apabila seseorang yang meninggal puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.

TAKSIRAN FIDYAH

Cara 1
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)

Cara 2
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

*Tahun gandaan bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenakan.

Contoh :
Tidak berpuasa kerana haid pada Ramadan 1436H (2014) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1438H (2016).

Maka tahun gandaan ialah 1438H – 1436H – 1 = 1 TAHUN, ini adalah kerana dari Syawal 1436H hingga Syaaban 1437H hinggalah tempoh satu tahun yang diperintahkan untuk mengganti puasa.

Sumber: www.zakat.com.my

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan