Aroma kopi yang semerbak harum, mampu menggoda kita untuk bersarapan dan memulakan hari yang baru dengan penuh bersemangat.

IKLAN

Kehebatan secawan kopi bergantung kepada banyak faktor. Suhu air, jumlah serbuk kopi, kesegaran bijian kopi dan asas air adalah antara faktor penting dalam menyediakan secawan kopi.

Hari Tidak Lengkap Tanpa Secangkir Kopi? Ayuh BANCUH SENDIRI KOPI Cara Starbucks Ini

Bersama Duta Kopi dari Starbucks (Malaysia), Cik Ayesha Dahalan, Nona kongsikan 4 tip bagi menghasilkan secawan kopi yang enak, beraroma dan berkualiti, setaraf membelinya sendiri di kedai.

(1) Jumlah Kopi

Hari Tidak Lengkap Tanpa Secangkir Kopi? Ayuh BANCUH SENDIRI KOPI Cara Starbucks Ini
Resipi untuk menghasilkan secawan kopi adalah 2 sudu makan serbuk kopi (bersamaan 10 gram) dibancuh dengan 6 auns (180 ml) air panas yang juga dikenali dengan nama brewing. Ini merupakan resepi yang ditetapkan.

Air kopi yang beraroma dihasilkan apabila air panas digabungkan dengan serbuk kopi yang dikisar segar. Jika anda berpendapat kopi yang dibancuh terlalu kuat dan pekat, anda boleh mencampurkan sedikit air panas selepas proses brewing, bukan mengubah resepi asal.

(2) Kisaran

IKLAN

Hari Tidak Lengkap Tanpa Secangkir Kopi? Ayuh BANCUH SENDIRI KOPI Cara Starbucks Ini
Saiz kisaran serbuk kopi memainkan peranan penting untuk menghasilkan secawan kopi yang berkualiti. Saiz kisaran akan menentukan berapa lama dan berapa banyak air bersentuhan dengan serbuk kopi dan proses brewing berlaku.

Terdapat pelbagai cara untuk brewing secawan kopi. Sama ada penapis kon kertas, coffee press mahupun mesin espresso, setiap satu memerlukan saiz kisaran serbuk kopi yang berbeza.

(3) Air

IKLAN

Hari Tidak Lengkap Tanpa Secangkir Kopi? Ayuh BANCUH SENDIRI KOPI Cara Starbucks Ini
Secawan kopi mengandungi 98% air, kerana itulah air yang digunakan untuk membancuh kopi haruslah diambil kira. Elakkan air mineral, air suling atau air bercampur klorin. Anda digalakkan menggunakan air bertapis untuk membancuh secawan kopi.

Suhu air yang sesuai adalah 90 – 96 darjah Celsius. Jika anda menggunakan cerek untuk memasak air, anda boleh mengalihkan cerek beberapa saat dari dapur setelah mendidih.

(4) Kesegaran

Hari Tidak Lengkap Tanpa Secangkir Kopi? Ayuh BANCUH SENDIRI KOPI Cara Starbucks IniMesti Tahu

  • Musuh utama serbuk kopi adalah OKSIGEN, CAHAYA, SUHU PANAS dan KELEMBAPAN.
  • Setelah penutup kedap udara beg kopi dibuka, kopi perlu di simpan dalam bekas kedap udara, tidak lutsinar dan disimpan dalam suhu bilik untuk memastikan kesegaran dan kualiti terjaga.Anda dinasihati untuk hanya mengisar kopi secukupnya untuk kegunaan seminggu.
  • Kopi akan rasa lebih berorama dan lazat jika dikisar dan dibancuh segar. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI